NUR KASIH melabuhkan tirainya.

Thursday, November 26, 2009

Inikah kesudahan Nur Kasih?

tak pasti scene ni episod mana. bukan episod akhir rasanya.

3 Julai 2009, aku buat post tentang Nur Kasih dengan tajuk Nur Kasih @TV3. Hari ni Nur Kasih sebuah drama siri popular. Ramadan hari tu diulang tayang dari jam 5 hingga 6 pagi...sempat beberapa episod, sekarang diulang tayang dari jam 7.30 hingga 8.00 malam tanpa iklan setiap Selasa hingga Jumaat. Takkan drama ni diulang tayang begitu kalau sambutannya tak hebat?

Selama berbulan-bulan, penonton setia menunggu di depan tv setiap jumaat jam 9 malam mengikuti perjalanan hidup Nur dan Adam. Aku & wifey sendiri tak ketinggalan. Esok, 27 November 2009, kebetulan pula Aidiladha, episod terakhir Nur Kasih, episod ke 26 bakal ditayangkan. Apakah kesudahannya? samakah endingnya dengan sinopsis yang telah tersebar di internet? malam esok kita akan dapat jawapannya.

Yang pasti lepas ni kita mengharapkan lebih banyak lagi drama berkualiti seperti Nur Kasih di kaca tv. Sekalung tahniah buat warga kerja Nur Kasih atas hasil cemerlang anda.

Sedikit trivia berkaitan Nur Kasih (setakat episod 25) :

1. Most favourite qoute : Dialog Ustaz Hassan dan Hajah Khadijah ( ayah & mak Aidil dan Adam)

"Isteri orang ada intan berlian, isteri abang?"

"Isteri abang, ada abang…"

2. Most beautiful scene : Scene bukit di Jeddah dan kemudian Adam solat atas batu.

3. Most touching scene : Sewaktu Adam hantar Nur Amina balik ke hotel di Jeddah. Masa ni Adam dan Nur belum berbaik lagi. Aku tak ingat skrip dia tp adegan dan skripnya mengharukan...huhu.

4. Best roles : Susah nak pilih satu hehe...cerita yg best mesti dibarisi watak2 hebat so ni 5 watak terbaik pilihan aku.

Adam & Nur Amina
Mula-mula, semestinya Adam dan Nur Amina as watak utama.
Nak cakap apa lagi...sudah terang lagikan bersuluh. Dengan watak ni, dorang 2 org ni sekarang 'superstar in the making".


Hajah Khadijah
Lakonan Liza Othman sbg mak Aidil & Adam sgt hebat. Mungkin impaknya tak sehebat ini jika org lain yg bawa watak ni. Kita dah jemu dengan lakonan Fauziah Nawi, Wan Maimunah etc sbg ibu...so Liza Othman pilihan tepat dan terbaik. Tiap kali dia muncul aura keibuan tu sgt terasa.


Aidil
Fizz Fairuz yg aku panggil Fairuz zaman sekolah dulu. Lepas aku pindah sekolah masa form 4, kami tak pernah berjumpa sampai la beberapa tahun lepas aku tgk dia berlakon. Sekali sekala, aku layan jugak lakonan dia...boleh tahan tp lakonan dia sejak Kekasihku Seru dan skrg dalam Nur Kasih aku rasa boleh dibanggakan....ada jiwa. Good luck Fairuz...


Siti Sarah
Budak sengal ni bila dia ada je memang buat org geram (berjaya la lakonan dia). Watak Siti Sarah ni pelengkap 'warna' Nur Kasih....kalau watak ni takde mudah la perjalanan hidup Aidil, Adam dan Nur....pendek la pulak cerita ni jadinya. Apapun, watak ni mmg ada dalam dunia realiti...org yg sanggup buat apa saja untuk kepentingan diri sendiri. Lakonan yang berkesan dari Ummi Nazeera.



Sinopsis Episod Terakhir Nur Kasih (seperti di internet)


Nur menghabiskan masa dengan anak-anak di masjid. Suatu hari, Aidil melihat Nur menangis, airmata berlinangan di pipi. Aliya mendekatinya mengingati perbualan mereka yang dia mengizinkannya. Aidil merapati Nur dan berkata dia sanggup menjaga Nur. Nur memandang Aidil, kemudian Aliya dan Nur menggeleng perlahan.


Nur membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Dia tidak mahu lagi menjadi penyebab renggangnya hubungan Aidil dan Aliya. Dia ke stesen keretapi, dihantar Aidil dan Aliya. Sewaktu keretapi berhenti, seorang lelaki berjambang turun. Nur, Aidil atau Aliya tidak sedar akan ketibaannya. Nur bersalam dengan Aidil dan Aliya. Tudung Nur terbang di tiup angin dan dia menaiki keretapi. Dalam keretapi, Nur memandang keluar, Adam tiba disisinya sambil memberi salam. Nur terkejut, memandangnya, bersyukur.. dia tahu Adam akan pulang juga ke pangkuannya. Mereka berpelukan.


p/s : betul ke tak sinopsis ni kita tgk malam esok. credit to Facebook Drama Nur Kasih for this posting pictures.

Buat semua...Salam Aidiladha 1430H. Malam tadi baru sampai dari Cameron, jap lagi nak bertolak balik kg. Jumpa lagi ok. Berhati-hati di jalanraya.



Solusi...untuk sang pencari konklusi

Monday, November 23, 2009


Sehingga November 2009, Majalah Solusi sudah masuk Isu ke 13. Sebelum majalah ni keluar, aku pernah tengok promo majalah ni dan berhajat jugak nak beli bila ada kat pasaran nanti. Satu hari bila aku terpandang majalah ni kat kedai buku, majalah ni dah isu ke 10....tak teringat pun nak dapatkan majalah ni sebelum ni.

Isu ke 10 adalah isu pertama aku beli. Mula-mula aku start baca....terasa majalah ni agak 'heavy'...yelah sebuah majalah ilmiah. Tapi bila teruskan membaca, majalah ni sgt bermanfaat. Isu-isu motivasi dan fardhu ain dikupas dengan baik sekali. Senarai kolumnisnya seperti Datuk Fadzilah Kamsah, Ustaz Zahazan Mohamed, Ustaz Zaharuddin, Ustazah Siti Nor Bahyah dan Irfan Khairi pada aku antara yang terbaik berkongsi kepakaran masing-masing.

Mungkin jugak rezeki, satu hari, Telaga Biru Sdn Bhd bukak kaunter jualan kat opis aku. Aku dapat beli isu-isu lepas yg aku takde kecuali Isu 1 dan Isu 9. Lepas tu aku terus langgan majalah ni sbb tak mau lagi terlepas mana-mana keluaran. Setakat hari ni aku masih membaca sedikit demi sedikit koleksi majalah ni...kandungan setiap isu sangat banyak dan ambil masa jugak aku nak habiskan satu-satu isu. Alhamdulillah, bertemu majalah ni buat aku rasa betapa banyaknya perkara yg aku tak tau dan selama ni take for granted. Tiap-tiap hari aku ngadap suratkhabar, blog, facebook...now aku tambah ngadap majalah ni jugak mudah-mudahan aku tak alpa dan lupa sbb aku tau aku tak dapat ke majlis ilmu setiap hari. Buat semua, majalah ni juga mungkin apa yg anda cari...dapatkannya di pasaran sekarang.


Senarai isu-isu Solusi dari keluaran ke-13 hingga yang pertama.

Solusi Isu 13 : Mukmin Profesional


Solusi Isu 12 : Hidayah Kompas Kehidupan


Solusi Isu 11 : Ikhlas Dalam Bekerja


Solusi Isu 10 : Berkesankah Solat & Puasa Kita?


Solusi Isu 9 : Celik Mata Hati


Solusi Isu 8 : Ingatlah! Mati itu Datang Tiba-Tiba


Solusi Isu 7 : Inilah Jalan Yang Lurus


Solusi Isu 6 : Mencari Bahagia


Solusi Isu 5 : Mengurus Nyawa


Solusi Isu 4 : Jagalah Hati


Solusi Isu 3 : Impak Dosa


Solusi Isu 2 : Jangan Takut


Solusi Isu 1 : Kerana Rezeki Masuk Neraka


Nak order boleh go through http://www.majalahsolusi.com/

.....kahwin lagi.

Sunday, November 22, 2009


Ex-housemate for 4 years kawin hari ni. His 1st wedding...tajuk tu saja je sebab smlm pun gi wedding...hari ni pun ada wedding so boleh interpret as pergi kenduri kahwin lagi... hehhe.

Dengan sekali lafaz, pagi tadi Syahir & Niza sah suami isteri...tahniah. Majlis hari ni, belah perempuan kat Pulapol, Jalan Semarak. Walaupun berhajat, atas sebab-sebab yg tak dpt dielakkan, aku tak dpt pergi kenduri belah Syahir kat Segamat next week.

Hari ni, first time aku masuk Pulapol, Jalan Semarak. Dulu masa kwn aku Awe training kat sini, aku penah ambil and hantar dia tp setakat post guard je. Masuk kawasan Pulapol ni, nampak ok jugak tempat ni walaupun klasik dengan bangunan-bangunan fashion lama.


Majlis wedding Syahir and Niza dibuat dekat kawasan berbumbung depan padang kawad. Dalam cuaca mendung, wedding open air ni terasa mendamaikan walaupun muzik dari Band PDRM tu kadang2 membingitkan. Bertuah org2 polis ni, ada tempat macam ni, selain biasa guna dewan, tempat macam ni selesa untuk events....terasa santai, tak terlalu formal.


Dari Wedding Syahir, aku and wifey terus ke rumah Marhaidi kat Putrajaya visit dia yg baru dpt baby boy malam td. Baby ni masih belum ada nama. Sekali sekala jumpa member lama, seronok juga...kalau takde wedding, raya, majlis or dpt baby...susah juga aku nak jumpa member2 lama ni.

Untuk tahun ni, kawan2 yg nak kawin dan expecting for baby dah complete hari ni. Tak tau la pulak kalau ada yg buat kezutan last2 minit...2009 ada sebulan lebih lagi...kita tgk apa yg jadi.

Congrate...

Saturday, November 21, 2009

Mandatory leave kejap je dh masuk hr ke 3....cepatnya!!!

2 hari pertama aku habiskan kat rumah je....keluar pun kejap je utk solat jumaat pas tu cepat2 balik rumah. 2 hari ni agak susah nak kemana-mana, ada org dtg repair rumah, tp mujur 2 hari je...kerosakkan minor, as long as till under warranty...hentam je. Hari ni n esok pulak ada 2 wedding ...kebetulan wedding dorang ni timing ok so dpt la pergi.


Tengahari tadi, aku n wifey dah setel ke wedding Naim & Farah Qistina kat Dewan Datuk Mahfoz Khalid kat JKR. Naim and Farah batch management trainee bawah batch aku kat opis. Mula-mula dulu aku pun tak sangka diaorg ni 'serius'...tp alhamdulillah, dah selamat pun jadi suami isteri. Moga berbahagia ke akhir hayat la mudah-mudahan. Majlis ni simple tp meriah...ramai org opis dtg...terasa macam even company pulak hehe. Makanan sedap tapi aku kempunan teh tarik yg dah habis bila aku nak ambik...terpaksa singgah mamak balik tadi... huhu.

On the way balik wedding tu, aku pergi rumah Din (geng uni dulu) tengok 2nd baby dia. Baby boy aka Taqif Ar Rifqi ni lahir 12 Oktober hari tu kat Hospital Pantai Bangsar. Tak sempat nak dtg lebih awal so kebetulan nak bagi kad kawin Syahir (esok dah weddingnya)...aku n wifey tgk la baby sekali. Congrate Din & Fiza for the new baby...betul ke dah tutup kilang? kita wait n see :D

Taqif yg tetap tidur lena bila aku dukung

Balik dari rumah Din ni, aku n wifey lalu kat our future 'sarang'....i'll update pasai ni later but ASAP...tgk nnti camne...hehhe.

p/s : mlm ni dpt sms dari Marhaidi...his wife br je kejap tadi deliver baby boy kat Hospital Putrajaya. Baby boy lagi!!!...yg ke 4 dah tahun ni from geng-geng...hehe. Anyway, congrate Di...insyaallah, moga ptg esk kami dpt ziarah.

19 to 30

Tuesday, November 17, 2009


Khamis ni start cuti mandatori....rasa tak sabar pulak... hehe. Tahun ni tahun terakhir cuti mandatori 7 hari, start 2010 nanti, cuti tu cuma 5 hari je...oklah tu..balik-balik pun tolak annual leave jugak...lainlah dpt free.

Tahun-tahun sebelum ni, cuti mandatori aku semuanya pada Disember. Aku suka pilih hujung tahun sebab bila ditambah dgn public holiday...cuti mmg mashyuk...pas tu masuk je kerja..ngam2 dah new year....fresh new start la kononnya :) Sekarang ni, cuti mandatori on disember diharam (applicable to Proc's Club je, lain2 dept wallahualam). So, this year, nak tak nak aku habis mandatori on 30 November la...sblm masuk waktu haramnya...huhu. Apa sekalipun, bila kira 7 hari mandatori dicampur dgn weekend dan raya haji, total aku bercuti nanti kesemuanya 12 hari...lama jugak tu kan.

So far, aku takde apa2 specific plan for this year mandatory kecuali 2 hari ke Cameron Highland. Tak boleh nak berjalan lama-lama, 19 & 20 Nov ada org nak repair rumah, 21 & 22 Nov ada wedding, wifey pun kerja and hujung2 cuti tu dah nak balik kg raya haji...susun-susun, dpt la slot in 2 hari ke Cameron.

Masa rehat yg berlebihan tu nanti aku harap dpt update blog ni lagi...so bole clearkan draft yg banyak tu, habiskan buku2 + majalah yg beli je tp tak baca dan paling utama nak kemaskan wardrobe sebab dah sendat...pakaian2 lama tu dh patut diasingkan. Itu je la dlm kepala buat masa ni....yang pasti, cuti = makan, tido, makan, tido...heaven :D

Wan Nek

Sunday, November 15, 2009


Moyang yang kami panggil Wan Nek kembali ke rahmatullah malam tadi. Wan Nek berumur 99 tahun tetapi masih sihat dan elok ingatannya. Kali terakhir aku jumpa Wan Nek pada aidilfitri lepas, Wan Nek tersenyum melihat kedatangan kami sambil berkata 'ni yg baru kawin tu ye?'. Masa wedding aku disember lepas, Wan Nek datang bersama Pak Cik Din ( adik mak aku), 5 bulan selepas tu Pak Cik Din tiba-tiba 'meninggalkan' kami kerana barah hati tanpa kami sangka.

Memang begitulah selalunya 'penamat' hidup manusia....tanpa kita sangka. Bagi Wan Nek, walaupun umur telah sangat lanjut tetapi dia masih sihat, kemalangan jalanraya telah ditakdirkan menjadi punca pemergiannya. Dalam perjalanan dari kampung di Temerloh ke rumah AyahNgah di Valencia Sg Buloh, dalam hujan lebat, kereta AyahNgah terbabas dan melanggar divider jalan di Damansara Damai. AyahNgah dan MakNgah tak apa2 tapi Wan Nek di tempat duduk belakang cedera di muka dan kepala. Menurut mak aku yg sama-sama memandikan jenazah di Hospital Sg Buloh, darah masih mengalir dikepala arwah sewaktu dimandikan.

Walaupun ada sedikit halangan, alhamdulillah, akhirnya aku sempat menyertai solat jenazah untuk arwah di Masjid Bukit Damansara, tempat Wan Nek selalu mengikuti kelas mengaji sebelum Wan Nek dikebumikan di Tanah Perkuburan Mont Kiara tengahari tadi.

Bersama sepenuh kasih sayang, kami doakan roh Wan Nek ditempatkan dikalangan hamba ALLAH yg beriman dan sejahtera disana. Amin.

Sedekahkanlah Al-Fatihah buat arwah.

Belalang

Wednesday, November 11, 2009

Ikutkan... aku mahu istiharkan hari Rabu sebagai hari tanpa program menarik di tv. Dah berminggu-minggu, bila hari Rabu...takde program tv yg mampu tarik minat aku. Actually, aku pun mmg jarang menonton tv kecuali untuk berita dan drama Nur Kasih...so mungkin aku yg ketinggalan apa2 program menarik.

Tapi, hari ni, bila aku browse info kat tv...aku tertarik nak tgk drama Belalang kat Astro Prima. Aku try layan cerita ni. Cerita ni lebih kpd kategori drama kanak-kanak (pelakon utama pun budak) tp mmg boleh layan. Penat-penat balik kerja, dengan cerita ni aku rasa fun. Asyik layan benda-benda heavy je pun tak best jugak kan?


Tajuk penuh drama ni Belalang : Epik Anakanda Nujum Diraja. Semestinya adaptasi cerita P Ramlee, filem Nujum Pak Belalang. Jika dulu, arwah Bad Latiff yg pegang watak Belalang tp utk drama ni Hadziq (Tom Tom Bak) pulak yg jadi Belalang. Hadziq la tarikan utama aku nak tonton cerita ni sbb aku suka lakonan budak ni dalam filem Syurga Cinta.

Walaupun baru tengok satu episod, bagi aku Hadziq mmg pilihan yg tepat untuk watak Belalang....kekuatan lakonan Hadziq menjadikan watak Belalang sgt menghiburkan. Sememangnya pun sejak zaman P Ramlee, arwah Bad Latiff sgt cemerlang sbg belalang (sampai menang anugerah kalau tak silap) jadi kalau watak Belalang dipegang oleh pelakon yg tak sesuai...mmg merugikan. Watak-watak lain selain Hadziq pun hebat...aku suka watak bapak Belalang yg dipegang oleh Sobri ( from Raja Lawak kot dia ni) dan Raja (lakonan Ery Putra)...mmg sesuai dan lawak.

Aku kurang pasti episod Belalang malam ni dah episod ke berapa tp yg pasti pengembaraan Belalang baru bermula...banyak lagi dia akan tempuh. Aku try google pasai drama ni, aku ada baca banyak watak-watak lagenda yang akan terlibat dalam pengembaraan Belalang spt Hang Tuah, Mat Jenin, Badang, Nenek Si Bongkok Tiga, Pekan, Melor, Luncai dan Ahmad Albab akan muncul nanti....mesti best nih. So, masih tak terlewat kalau nak kita follow. Tapi, kalau tak follow setiap episod pun, rasanya kita still boleh tonton Belalang dgn gembira jugak kan...hehe. Ok, jangan lupa tonton Belalang di Astro Prima, setiap Rabu jam 9.30 mlm.

p/s : lagu tema drama ni nyanyian Mawi dengan backup vokal beberapa kanak-kanak sgt catchy & ceria. Tajuk lagunya aku tak pasti pulak. Kalau ada nanti...mmg wajib ku download :D

The Irreplaceable Void

Tuesday, November 10, 2009

Guys,

A nice story and a good reminder to us all ....

Four years ago, an accident took my beloved wife away and very often I wonder, how does my wife feel right now? She must be feeling extremely sad for leaving a husband who is incapable to taking care of the house and the kid 'cos that is the exact feeling that I have, as I feel that I have failed to provide for the physical and emotional needs of my child, and failed to be the dad and mum for him.

There was one particular day, when I had an emergency at work. Hence, I had to leave home whilst my child was still sleeping. So thinking that there was still rice leftovers, I hastily cooked an egg and left after informing my sleepy child. With the double roles, I am often exhausted at work as well as when I am home. So after a long day, I came home, totally drained of all energy. So with just a brief hug and kiss for my child, I went straight into the room, skipping dinner. However, when I jumped into my bed with intention of just having a well-deserved sleep, all i heard and felt was broken porcelain and warm liquid. I flipped open my blanket, and there lies the source of the 'problem'... a broken bowl with instant noodles and a mess on the bedsheet and blanket. I was mad. I was so furious that I took a clothes hanger, charged straight at my child who was happily playing with his toy, and give him a good spanking. He merely cried but not asking for mercy, except a short explanation:

"Dad, I was hungry and there wasn't anymore leftover rice. But you were not back yet, hence I wanted to cook some instant noodles. But I remembered you reminding me not to touch or use the gas stove without any adults around, hence I turned on the shower and used the hot water from the bathroom to cook the noodles. One is for you and the other is for me. However, I was afraid that the noodles will turn cold, so I hid it under the blanket to keep it warm till you return. But I forgot to remind you 'cos I was playing with my toys...I am sorry Dad..."

At that moment, tears were starting to run down my cheeks...but I didn't want my son to see his dad crying so I rushed into the bathroom and cried with the shower head on to mask my cries. After that episode, I went towards my son to give him a tight hug and applied medication on him, while coaxing him to sleep. Then, it was time to clear up the mess on the bed. When everything was done and well past midnight, I passed my son's room, and saw that he was still crying, not from the pain on his little buttock, but from looking at the photograph of his beloved mummy.

A year has passed since the episode, I have tried, in this period, to focus on giving him both the love of his dad and mum, and to attend to most of his needs. And soon, he is turning seven, and will be graduating from kindergarten. Fortunately, the incident did not leave a lasting impression on his childhood memories and he is still happily growing up. However, not so long ago, I hit my boy again, with much regret. This time, his kindergarten teacher called, informing me of my son's absence from school. I took off early from work and went home, expecting him to explain. But he wasn't to be found, so I went around our house, calling out his name and eventually found him outside a stationery shop, happily playing computer games. I was fuming, brought him home and whack the hell out of him. He did not retaliate, except to say, 'I am sorry, Dad'. But after much probing, I realized that it was a 'Talent Show' organized by his school and the invite is for every student's mummy. And that was the reason for his absence as he has no mummy.

Few days after the caning, my son came home to tell me, the kindergarten has recently taught him how to read and write. Since then, he has kept to himself and stayed in his room to practise his writing, which I am sure, would make my wife proud, if she was still around 'cos he makes me proud too.

Time passes by very quickly, and soon another year has passed. It's winter, and its Christmas time. Everywhere, the Christmas spirit is in every passer-by Christmas carols and frantic shoppers....but my son got into another trouble. When I was about to knock off from the day's work, the post office called. Due to the peak season, the postmaster was also on an edgy mood. He called to tell me that my son has attempted to post several letters with no addressee. Although I did make a promise never to hit my son again, I couldn't help but to hit him as I feel that this child of mine is really beyond control. Once again, as before, he apologized, ' I'm sorry, Dad' and no additional reason to explain. I pushed him towards a corner, went to the post office to collect the letters with no addressee and came home, and angrily questioned my son on his prank, during this time of the year. His answer, amidst his sobbing, was ' The letters were for Mummy'. My eyes grew teary, but I tried to control my emotions and continued to ask him " But why did u post so many letters, at one time?" My son's reply was " I have been writing to mummy for a long time, but each time I reach out for the post box, it was too high for me, hence I was not able to post the letters. But recently, when I went back to the postbox, I could reach it and so I sent it all at once..."

After hearing this, I was lost. Lost at not knowing what to do, what to say... I told my son, " Son, mummy is in heaven, so in future, if you have anything to tell her, just read the letter and it will reach mummy". My son, on hearing this, was much pacified and calm, and soon after, he was sleeping soundly. On promising that I will read the letters on his behalf, I brought the letters outside and started reading. And one of the letters broke my heart....

Dear Mummy,

I miss you so much! Today, there was a 'Talent Show' in school, and the
school invited all mothers for the show. But you are not around, so I did not want to participate as well. I did not tell Dad about it as I was afraid that Dad would start to cry and miss you all over again. Dad went around looking for me, but in order to hide my sadness, I sat in front of the computer and started playing games at one of the shops. Dad was furious, and he couldn't help it but scolded and hit me, but I did not tell him the real reason.

Mummy, everyday I see Dad missing you and whenever
he think of you, he is so sad and often hide and cry in his room. I think we both miss you very very much. Too much for our own good I think. But Mummy, I am starting to forget your face. Can you please appear in my dreams so that I can see your face and remember you? I heard that if you fall asleep with the photograph of the person whom you miss, you will see the person in your dreams. But mummy, why haven't you appear?

After reading the letter, I cant stop sobbing 'cos I can never replace the irreplaceable gap left behind by my wife.

For the females with children:

Don't spend so much time at work. If you cannot finish the work, it must be some kind of problems within the company, and it is not your sole problem. Feedback to your boss. Endless overtime may not necessary be the answer to the problem. Take care of your health so that you can treasure and take care of your little precious.

For the married men:

Take care of your health, smoke less cos nothing can replace your good health, not even business nor clients. Try thinking this way, are you able to work till your clients are totally dependent on you? or your boss is totally dependent on you? In this society, no one is indispensable. Take care of your health, so that you can take care of your little precious and your loved ones.

For those singles out there:

Beauty lies in loving yourself first. With confidence and loving yourself, you will see the beauty in other things around you.

Source : Forwarded email from Syed Khairul. Minor editing by najed.

Sembang Petang


Sales and marketing sesuatu yg agak taboo buat aku, mungkin masalahnya aku tak reti nak start approach org. Nak kata malu...aku ni jenis huha-huha, sgt talkative dan suka jugak joint aktiviti-aktiviti esp yg mengadap bermacam-macam ragam dan karenah manusia. Dulu, family aku pun ada business makanan sikit-sikit dan sejak kecik aku dah biasa joint so called 'sales' ni. Rasanya bakat tu aku ada tp tak digilap je..hehe.

Petang tadi, aku sempat berbual panjang dengan seorang pegawai jualan unit amanah. Dia ni aku dah kenal lama tp jarang dapat berborak panjang. Sebagai otai unit trust sales, bila dapat berbual panjang, topik yg aku suka mestilah pengalaman dia yang dah berpuluh tahun buat sales tu. Saja jela aku nak dengar cerita dia. Zaman ni, kita tgk ramai sgt yg buat sales...jual insurans la, unit trust la, MLM la dan macam2 lagi. Aku nak juga tanya pendapat dia as org lama.

Habis berbual, bagi aku pengalaman dan pendapat org lama ni sgt berbeza kalau nak dibandingkan dgn apa yg aku biasa dengar dari org sales yg sebaya. Yelah, zaman berubah...dunia makin canggih dan nak melabur pun dah ada macam2 instrumen. Orang sales dulu, bukan setakat cari makan....tanggungjawab pada bangsa jugak diutamakan. Zaman sekarang, objektif mungkin dah berbeza...payah kita nak nilaikan. Sebagai pelabur, apa yg penting kita perlu berhati-hati. Sebelum melabur, pastikan kita study dulu dan rasa puashati.

P/S : Satu cerita yg aku dapat dari otai ni, lari sikit dr topic sales and marketing tp tentang client dia. Client dia ni dah tua n tengah sakit kat hospital, husband and wife pulak tu hospitalized serentak. Bila dia pergi tengok, takde pun anak-anak client dia ni jaga. Bila ditanya, anak-anak ada dtg tp tak pernah pun duduk lama...setengah jam pun susah katanya.. maklumlah busy, 5 anak dia semuanya berjawatan besar. Penjagaan dorang ni semuanya maid je yg buat. Client dia ni panggil sbb nak mintak uruskan pengeluaran duit dia secara monthly untuk belanja. Dia instruct keluarkan beberapa ribu ringgit sebulan dan perbelanjaan duit tu maid indon dia yg handle. Huhu....bayangkan maid tu diberi beberapa ribu sebulan dan takde org monitor. Macamana maid tu jaga dorang pun entahla? Dengar cerita ni aku fikir jugak...mujur la dorang ni kaya. Kalau tak tak tau la camne nasibnya. Patutla Rashid Sibir suka buat telemovie/ drama airmata yg ada lagu Sudirman 'ayah dan ibu' tu....aku dah rasa jemu tengok tp nampaknya kita masih perlukan cerita camtu. So, disamping didik anak baik2...jangan jugak lupa simpan duit untuk hari tu ye.

Facelift

Sunday, November 8, 2009

Big Blue Sky muncul dengan wajah baru...hehe.

Semlm, sambil setelkan beberapa hal, alhamdulillah keinginan aku untuk membuat perubahan wajah Big Blue Sky terlaksana juga. Facelift bukanlah transformasi besar-besaran...jadi semua features asal masih seperti biasa.

Keinginan merubah wajah Big Blue Sky ni tiba2 terlintas di fikiran kelmarin. Minggu ni kat opis, keadaan agak mencabar. Dalam keletihan dan fikiran agak serabut, aku cuba fikirkan sesuatu yg dpt alihkan perhatian aku pada perkara lain. Perkara biasa yg aku buat bila nakkan rasa lebih bersemangat, aku suka gunting rambut....benda senang, tambah2 anugerah tuhan, rambut aku jenis lebat dan cepat panjang. Tapi sekarang ni, nak gunting rambut tak sesuai pulak, baru gunting rambut ....tak nak la smpai botak.

Finally, ubahsuai Big Blue Sky ni la jadi pilihan. Apapun, sebagai seorang yg bukan IT Savvy...kerja-kerja merubah wajah blog ni bukan satu kerja mudah. Hasilnya, aku cukup puashati walaupun ikutkan banyak lagi nak dibuat. Harap-harap, wajah baru ni aku dapat kekalkan untuk satu tempoh yg lebih lama berbanding wajah sebelum ni...letih jugak kerja-kerja ubahsuai ni. Kita tgk jela nnti brapa lama wajah baru ni bertahan :D

wajah pertama BIG BLUE SKY
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...