Solusi...untuk sang pencari konklusi

Monday, November 23, 2009


Sehingga November 2009, Majalah Solusi sudah masuk Isu ke 13. Sebelum majalah ni keluar, aku pernah tengok promo majalah ni dan berhajat jugak nak beli bila ada kat pasaran nanti. Satu hari bila aku terpandang majalah ni kat kedai buku, majalah ni dah isu ke 10....tak teringat pun nak dapatkan majalah ni sebelum ni.

Isu ke 10 adalah isu pertama aku beli. Mula-mula aku start baca....terasa majalah ni agak 'heavy'...yelah sebuah majalah ilmiah. Tapi bila teruskan membaca, majalah ni sgt bermanfaat. Isu-isu motivasi dan fardhu ain dikupas dengan baik sekali. Senarai kolumnisnya seperti Datuk Fadzilah Kamsah, Ustaz Zahazan Mohamed, Ustaz Zaharuddin, Ustazah Siti Nor Bahyah dan Irfan Khairi pada aku antara yang terbaik berkongsi kepakaran masing-masing.

Mungkin jugak rezeki, satu hari, Telaga Biru Sdn Bhd bukak kaunter jualan kat opis aku. Aku dapat beli isu-isu lepas yg aku takde kecuali Isu 1 dan Isu 9. Lepas tu aku terus langgan majalah ni sbb tak mau lagi terlepas mana-mana keluaran. Setakat hari ni aku masih membaca sedikit demi sedikit koleksi majalah ni...kandungan setiap isu sangat banyak dan ambil masa jugak aku nak habiskan satu-satu isu. Alhamdulillah, bertemu majalah ni buat aku rasa betapa banyaknya perkara yg aku tak tau dan selama ni take for granted. Tiap-tiap hari aku ngadap suratkhabar, blog, facebook...now aku tambah ngadap majalah ni jugak mudah-mudahan aku tak alpa dan lupa sbb aku tau aku tak dapat ke majlis ilmu setiap hari. Buat semua, majalah ni juga mungkin apa yg anda cari...dapatkannya di pasaran sekarang.


Senarai isu-isu Solusi dari keluaran ke-13 hingga yang pertama.

Solusi Isu 13 : Mukmin Profesional


Solusi Isu 12 : Hidayah Kompas Kehidupan


Solusi Isu 11 : Ikhlas Dalam Bekerja


Solusi Isu 10 : Berkesankah Solat & Puasa Kita?


Solusi Isu 9 : Celik Mata Hati


Solusi Isu 8 : Ingatlah! Mati itu Datang Tiba-Tiba


Solusi Isu 7 : Inilah Jalan Yang Lurus


Solusi Isu 6 : Mencari Bahagia


Solusi Isu 5 : Mengurus Nyawa


Solusi Isu 4 : Jagalah Hati


Solusi Isu 3 : Impak Dosa


Solusi Isu 2 : Jangan Takut


Solusi Isu 1 : Kerana Rezeki Masuk Neraka


Nak order boleh go through http://www.majalahsolusi.com/

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...