Opah Kampung Tetap Di hati Kami

Tuesday, May 22, 2012




Hari ini hari ke 100 hari mak mertua aku meninggal dunia. Allah menentukan Mak Piah (Nor Safiah Ismail) pergi meninggalkan kami semua pada 13 Februari 2012 dalam usia 53 tahun akibat ketumbuhan otak. Hari Mak Piah meninggal itu juga adalah birthday abah wifey ke 58.

Walaupun sedih, kami sekeluarga redha dengan pemergian Mak Piah kerana semuanya berlaku mudah, Allah telah menentukan itu yang terbaik buat Arwahyarhamah. Mak Piah tiba-tiba pengsan pada malam 11 Februari, disahkan koma akibat pendarahan ketumbuhan dalam otak dan menggunakan alat bantuan hayat sehingga meninggal dunia 2 hari kemudian. Mak Piah meninggal dunia pada pukul 10.45 pagi dan dikebumikan selepas Asar hari yang sama. Kesemua 9 adik beradik, 11 anak, 4 menantu & 6 cucu Mak Piah hadir mengiringi perjalanan akhir Mak Piah.

Gambar-gambar dalam post kali ini diambil ketika family wifey (Keluarga Haji Ismail) bercuti di PD 3 minggu sebelum Mak Piah meninggal dunia. Kami sempat meraikan birthday terakhir Mak Piah malam tersebut. Kesihatan Mak Piah memang merosot sebelum kami bertolak ke PD tetapi oleh kerana keputusan pemeriksaan kesihatan tidak menunjukkan sebarang masalah besar selain keluarga wifey sedang fokus kepada pakcik wifey yang sedang menderita Kanser Pangkal Hidung, tiada siapa menduga itu adalah percutian terakhir kami bersama. Balik dari PD, aku & wifey sempat membawa Abah dan Mak Piah berjalan-jalan ke Putrajaya dan solat di Masjid Besi. Mereka sempat bermalam semalaman di rumah kami sebelum pulang ke kampung.

Keluarga Haji Ismail as at 22.01.12 

Buat Syaurah, inilah kisah opah kampung (gelaran cucu-cucu buat Mak Piah). Opah yang menjaga Syaurah dan Mama sewaktu Mama berpantang selepas melahirkan Syaurah dulu. Masa tu, tiap kali Syaurah 'buat perangai' opah yang setia mengendong Syaurah walaupun ditengah malam. Walaupun Syaurah tak sempat bermanja lama dengan opah tapi papa yakin opah tetap dihati Syaurah, dihati kami semua juga buat selama-lamanya. Al - Fatihah buat arwahyarhamah.

p/s : 2 bulan selepas Mak Piah pergi, Pak Cik Nasir (adik Mak Piah yang menderita Kanser Pangkal Hidung) pula menyusul meninggal dunia pada 10 April 2012 dan dikebumikan di sebelah kubur Mak Piah. Di kampung, rumah mereka pun bersebelahan. Lot 33, Batu 14 Lekir semakin sunyi tanpa 2 insan yang selama ini menjadi orang kuat keluarga dikampung. Setiap kali kami pulang ke kampung, perbezaannya memang dirasai. Kini hanya doa yang mampu kami panjatkan kehadrat Ilahi moga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat. Amin.

Alissara

Monday, May 21, 2012

Hari ni terasa nak cerita pasai tempat makan pulak.

Aku, wifey, Syaurah dan Acik (makcik wifey) ke Restoran Alissara ni beberapa minggu lepas. Kebetulan tekak ni teringin nak makan masakan thai esp Ikan 3 Rasa so wifey recommend restoran ni. Alkisahnya, wifey and family punya sejarah yang panjang dengan restoran ni. Dorang selalu makan kat Alissara ni start Alissara ni berniaga di gerai bawah pokok lagi. Then, Alissara ni maju, terus maju sampai la sekarang dah jadi restoran.

Antara menu yang kami order malam tu ialah Ikan Siakap 3 Rasa, Som Tam (kerabu betik), Tom Yam Campur, Sotong Cili dan Kangkung Belacan. Sebab excited dan jugak kelaparan, aku terlupa nak snap pics sebelum makan. Pics dibawah semuanya diambil bila kami dah start makan so nampak la comot dah sket. 

Time kitaorang pergi ni malam minggu, memang ramai orang. Mujur servis dia cekap. Cepat kitaorang dapat duduk, cepat dapat makan dan cepat kenyang...hehehe. Restoran ni dibuka mulai jam 5.30 petang hingga 1.30 pagi. Kalau nak datang esp time weekend tu sila-sila la booking.  Aku really recommend restoran ni sebab sedap dan harganya berpatutan. Aku pun ada plan nak repeat nanti bila berkesempatan.



 



RESTORAN ALISSARA
Cs23, Jalan Indah 3/2
Taman Puchong Indah
Puchong, Selangor.
Phone : 03-8062 4205
            014-6255 360
            016-9780 761


map credit to faakiut.wordpress.com


Wordless Wednesday #7

Wednesday, May 16, 2012

 Trivia :

  • Majalah terbaru terbitan Telaga Biru Sdn Bhd (as at April 2012)
  • Content : Lebih ringan daripada Solusi, lebih heavy dari Gen-Q
  • Best, sangat bermanfaat > highly recommended
  • Isu ke 2 bakal berada dipasaran dalam tempoh terdekat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...