Ajari Aku

Thursday, December 27, 2012

Sudah hujung bulan, jom aku kongsi lagu kegemaran aku untuk Disember 2012. 

Lagu yang paling aku layan sepanjang disember 2012 adalah Ajari Aku by Anuar Zain. Rasanya Anuar Zain berjaya meletopskan single ke 3 dari album terbaru beliau ni dengan klip video cun dibawah. Ajari aku memang lebih mesra telinga berbanding 2 single terdahulu dan memang layan. Mula-mula aku sukakan klip video ni then terdengar lagu ni dalam radio waktu drive, terus lagi suka :P

Btw, sebelum Anuar Zain nyanyi lagu Ajari Aku ni dalam album dia, pencipta lagu ni bernama Adrian Martadinata telah terlebih dulu rakamkan sendiri lagu ni untuk album pertama dia. Of course la versi Anuar Zain lebih best dan meletops kababooo :) Apa pendapat korang? nilaikan sendiri dengan layan dua-dua klip video dibawah dan jom berkongsi pendapat. tq.





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...