3 Julai 2009, aku buat post tentang Nur Kasih dengan tajuk Nur Kasih @TV3. Hari ni Nur Kasih sebuah drama siri popular. Ramadan hari tu diulang tayang dari jam 5 hingga 6 pagi...sempat beberapa episod, sekarang diulang tayang dari jam 7.30 hingga 8.00 malam tanpa iklan setiap Selasa hingga Jumaat. Takkan drama ni diulang tayang begitu kalau sambutannya tak hebat?
Selama berbulan-bulan, penonton setia menunggu di depan tv setiap jumaat jam 9 malam mengikuti perjalanan hidup Nur dan Adam. Aku & wifey sendiri tak ketinggalan. Esok, 27 November 2009, kebetulan pula Aidiladha, episod terakhir Nur Kasih, episod ke 26 bakal ditayangkan. Apakah kesudahannya? samakah endingnya dengan sinopsis yang telah tersebar di internet? malam esok kita akan dapat jawapannya.
Yang pasti lepas ni kita mengharapkan lebih banyak lagi drama berkualiti seperti Nur Kasih di kaca tv. Sekalung tahniah buat warga kerja Nur Kasih atas hasil cemerlang anda.
Sedikit trivia berkaitan Nur Kasih (setakat episod 25) :
1. Most favourite qoute : Dialog Ustaz Hassan dan Hajah Khadijah ( ayah & mak Aidil dan Adam)
"Isteri orang ada intan berlian, isteri abang?"
"Isteri abang, ada abang…"
2. Most beautiful scene : Scene bukit di Jeddah dan kemudian Adam solat atas batu.
3. Most touching scene : Sewaktu Adam hantar Nur Amina balik ke hotel di Jeddah. Masa ni Adam dan Nur belum berbaik lagi. Aku tak ingat skrip dia tp adegan dan skripnya mengharukan...huhu.
4. Best roles : Susah nak pilih satu hehe...cerita yg best mesti dibarisi watak2 hebat so ni 5 watak terbaik pilihan aku.

Nak cakap apa lagi...sudah terang lagikan bersuluh. Dengan watak ni, dorang 2 org ni sekarang 'superstar in the making".




Nur menghabiskan masa dengan anak-anak di masjid. Suatu hari, Aidil melihat Nur menangis, airmata berlinangan di pipi. Aliya mendekatinya mengingati perbualan mereka yang dia mengizinkannya. Aidil merapati Nur dan berkata dia sanggup menjaga Nur. Nur memandang Aidil, kemudian Aliya dan Nur menggeleng perlahan.
Nur membuat keputusan untuk pulang ke
p/s : betul ke tak sinopsis ni kita tgk malam esok. credit to Facebook Drama Nur Kasih for this posting pictures.
Buat semua...Salam Aidiladha 1430H. Malam tadi baru sampai dari Cameron, jap lagi nak bertolak balik kg. Jumpa lagi ok. Berhati-hati di jalanraya.
1 comments:
mna entry baru?boringlah,berjanggut tunggu =P
Post a Comment