Sembang Petang

Tuesday, November 10, 2009


Sales and marketing sesuatu yg agak taboo buat aku, mungkin masalahnya aku tak reti nak start approach org. Nak kata malu...aku ni jenis huha-huha, sgt talkative dan suka jugak joint aktiviti-aktiviti esp yg mengadap bermacam-macam ragam dan karenah manusia. Dulu, family aku pun ada business makanan sikit-sikit dan sejak kecik aku dah biasa joint so called 'sales' ni. Rasanya bakat tu aku ada tp tak digilap je..hehe.

Petang tadi, aku sempat berbual panjang dengan seorang pegawai jualan unit amanah. Dia ni aku dah kenal lama tp jarang dapat berborak panjang. Sebagai otai unit trust sales, bila dapat berbual panjang, topik yg aku suka mestilah pengalaman dia yang dah berpuluh tahun buat sales tu. Saja jela aku nak dengar cerita dia. Zaman ni, kita tgk ramai sgt yg buat sales...jual insurans la, unit trust la, MLM la dan macam2 lagi. Aku nak juga tanya pendapat dia as org lama.

Habis berbual, bagi aku pengalaman dan pendapat org lama ni sgt berbeza kalau nak dibandingkan dgn apa yg aku biasa dengar dari org sales yg sebaya. Yelah, zaman berubah...dunia makin canggih dan nak melabur pun dah ada macam2 instrumen. Orang sales dulu, bukan setakat cari makan....tanggungjawab pada bangsa jugak diutamakan. Zaman sekarang, objektif mungkin dah berbeza...payah kita nak nilaikan. Sebagai pelabur, apa yg penting kita perlu berhati-hati. Sebelum melabur, pastikan kita study dulu dan rasa puashati.

P/S : Satu cerita yg aku dapat dari otai ni, lari sikit dr topic sales and marketing tp tentang client dia. Client dia ni dah tua n tengah sakit kat hospital, husband and wife pulak tu hospitalized serentak. Bila dia pergi tengok, takde pun anak-anak client dia ni jaga. Bila ditanya, anak-anak ada dtg tp tak pernah pun duduk lama...setengah jam pun susah katanya.. maklumlah busy, 5 anak dia semuanya berjawatan besar. Penjagaan dorang ni semuanya maid je yg buat. Client dia ni panggil sbb nak mintak uruskan pengeluaran duit dia secara monthly untuk belanja. Dia instruct keluarkan beberapa ribu ringgit sebulan dan perbelanjaan duit tu maid indon dia yg handle. Huhu....bayangkan maid tu diberi beberapa ribu sebulan dan takde org monitor. Macamana maid tu jaga dorang pun entahla? Dengar cerita ni aku fikir jugak...mujur la dorang ni kaya. Kalau tak tak tau la camne nasibnya. Patutla Rashid Sibir suka buat telemovie/ drama airmata yg ada lagu Sudirman 'ayah dan ibu' tu....aku dah rasa jemu tengok tp nampaknya kita masih perlukan cerita camtu. So, disamping didik anak baik2...jangan jugak lupa simpan duit untuk hari tu ye.

2 comments:

DJ said...

haah...cerita pasal org tua ni sgt berbekas di hati aku, sampai mlm tadi aku dok ingatttt aje.

mcmana pulak dgn nasib kita bila dah tua nnti?

Najed said...

what u give u get back

kita ni rasanya sgt 'beratkan' org tua kita...insyaallah...baik balasannya nnti.

papun, mmg kena menyimpan jugak dr muda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...