Wan Nek

Sunday, November 15, 2009


Moyang yang kami panggil Wan Nek kembali ke rahmatullah malam tadi. Wan Nek berumur 99 tahun tetapi masih sihat dan elok ingatannya. Kali terakhir aku jumpa Wan Nek pada aidilfitri lepas, Wan Nek tersenyum melihat kedatangan kami sambil berkata 'ni yg baru kawin tu ye?'. Masa wedding aku disember lepas, Wan Nek datang bersama Pak Cik Din ( adik mak aku), 5 bulan selepas tu Pak Cik Din tiba-tiba 'meninggalkan' kami kerana barah hati tanpa kami sangka.

Memang begitulah selalunya 'penamat' hidup manusia....tanpa kita sangka. Bagi Wan Nek, walaupun umur telah sangat lanjut tetapi dia masih sihat, kemalangan jalanraya telah ditakdirkan menjadi punca pemergiannya. Dalam perjalanan dari kampung di Temerloh ke rumah AyahNgah di Valencia Sg Buloh, dalam hujan lebat, kereta AyahNgah terbabas dan melanggar divider jalan di Damansara Damai. AyahNgah dan MakNgah tak apa2 tapi Wan Nek di tempat duduk belakang cedera di muka dan kepala. Menurut mak aku yg sama-sama memandikan jenazah di Hospital Sg Buloh, darah masih mengalir dikepala arwah sewaktu dimandikan.

Walaupun ada sedikit halangan, alhamdulillah, akhirnya aku sempat menyertai solat jenazah untuk arwah di Masjid Bukit Damansara, tempat Wan Nek selalu mengikuti kelas mengaji sebelum Wan Nek dikebumikan di Tanah Perkuburan Mont Kiara tengahari tadi.

Bersama sepenuh kasih sayang, kami doakan roh Wan Nek ditempatkan dikalangan hamba ALLAH yg beriman dan sejahtera disana. Amin.

Sedekahkanlah Al-Fatihah buat arwah.

2 comments:

Ben Sedqi said...

Takziah juga buat saudara, kita semua adalah Milik-Nya!

Najed said...

tq. mmg itu hakikat yg terpaksa kita terima

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...