Riang 'Raya' Keluarga PNB

Wednesday, October 6, 2010

Aku pernah cakap dulu nak joint satu program di Kuantan. Program tu sebenarnya family day tempat kerja aku yang berlangsung ahad lepas kat Bukit Gambang Resort City. Untuk kali ke 5 aku masih jadi committee so disamping bergembira kenalah jugak bertugas membantu apa yg termampu menjayakan program tahunan company ni.

Walaupun aku dah biasa jadi committee tapi kali ni kapten dah bertukar, lokasinya paling jauh dari sebelum-sebelum ni dan timing pulak dah hujung tahun (time budak sekolah exam pulak tu) so debar kami ternyata lebih dari biasa. Paling kami berdebar nak tengok berapa ramai la yang datang. Apapun alhamdulillah, dengan kehadiran lebih 1,200 orang staff dan family, semuanya perancangan berjalan lancar dan aku boleh consider cukup sukses. Tahniah buat our new captain Encik Daud yg berjaya beraksi cemerlang :)


Family day kali ni dibuat secara twining program dengan aktiviti kembara bermotor (treasure hunt). Sabtu start kembara bermotor from KL to Kuantan, malamnya penyampaian hadiah dan pertandingan karaoke, ahad terus berlangsung family day.


dinner & penyampaian hadiah kembara bermotor


Aku dan wifey taklah joint kembara tu tapi kami tetap gerak ke Kuantan pada hari Sabtu dan bermalam di BGRC dengan special rate yang diberi kepada staff PNB. Untuk kali ke 2 aku tak joint kembara ni dan 2 kali tulah kembara bergerak ke Negeri Pahang, negeri aku sendiri...isk isk isk. Tulah ketentuannya, masa bukan sentiasa memihak kepada kita, sebab tu yang penting bila 'ada masa' gunakan ia sebaiknya...period :)

BGRC ni masih baru lagi. Banyak lagi fasa yang sedang dan akan dibina. Dengar-dengarnya nanti akan ada satu shopping area ala Nilai 3 kat sini...hmm. Kemudahan yang ada setakat ni walaupun terhad tapi ok. Kemudahan penginapan pun cukup baik. Macam bilik yang aku dan wifey duduk, cukup luas, kalau 4 orang dewasa duduk pun masih selesa. Cuma sayangnya takde ASTRO je..hehe.







Theme Park pun oklah. Mula-mula sampai terasa kecik (banding pulak dgn Sunway Lagoon tempat family day kami tahun 2008) tapi bila dah try beberapa permainan kat situ, mmg best, cukup, penat dan puas. Ombak kat BGRC ni khabarnya ombak buatan paling besar di Malaysia...aku sangat enjoy dengan ombak ni.

erk...aku tak snap sgt pics mainan dia rupanya, sekeping ni je.

Antara perkara paling memuaskan hati masa family day kali ni bagi aku ialah bab buffet lunchnya. Rasanya selama aku joint family day company, lunch kali ni paling best. Menu yang pelbagai siap dengan cendol, laicikang, lemang, lontong, kuih raya, lauk-lauk yang macam-macam berjaya buat staff yang datang dari jauh rasa happy. Lepas penat 'beriadah', lapar, ada banyak pilihan makanan dan sedap...nak apa lagi kan. Sememangnya pun bak kata orang bila main air ni cepat betul laparnya so makanan yg sedap dan banyak tu mmg penting...erkk betul ke?




kuih raya pun ada




Overall, aku sangat happy dapat joint family day kali ni walaupun last minutes jugak decide nak pergi. Selain family day yang best, aku dapat jumpa family kat Kuantan dan singgah kampung...dpt jugak spend time dgn dorang walaupun sekejap. So far, feedback yg aku dengar part area tugasan aku tentang hadiah dan lucky draw pun memuaskan..syukur. Oh ye kali ni, aku dapat lucky draw RM50 Giant Voucher je...oklah tu, alhamdulillah.

Lain-lain pics :



keputusan cabutan bertuah

thanks jannah temankan kak ira


4 comments:

ZERO VENDETTA said...

menarik 2x!
ruginya tak dpt nak join...it's ok nnt amani dh beso,insyaAllah.

urm besar jgkkan perut kak ira.but stil maintain comel :)

Najed said...

next time bole joint dah...kecuali ada 'adik' amani pulak...hehe.

besar...mmg besar. doc kata baby pun besar.

Anonymous said...

da besar anak si Bad n Nora..da ada adek ke blum the boy?hehe

Najed said...

johan ni rasanya dah lebih 2 thn dh. nora n bad tgh usaha la tu...hehe. sblm puasa hr tu dia baru miscarriage

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...