Full Term

Saturday, October 9, 2010


Sedikit update about wifey pregnancy. Khamis lepas dah setel the 9th checkup. Now our baby dah full term. Dah masuk minggu ke 37, kiranya dari sekarang hingga due date dah boleh bersalin anytime. So far, alhamdulillah semuanya ok. Cuma, bila doc inform kami yg our baby sekarang dah sangat besar kami rasa sedikit cemas. Now baby more or less dah 3.5 kg dan masih ada 2 minggu before due....huhuhu. Risiko kalau baby besar sangat ni cuma takut tak boleh bersalin normal, kena operate la jawabnya.

Faktor macamana baby menjadi agak besar mungkin disebabkan kandungan gula wifey beberapa bulan kebelakangan ni agak tinggi. Mujur checkup khamis lepas kadar gula tu dah kembali normal. Nak kata disebabkan pemakanan tu tak jugak. Kalau nak kira puasa sebulan hari tu wifey berjaya berpuasa penuh tapi kadar gula time tu tak turun jugak. Doc kata mungkin kadar gula yg tinggi tu dipengaruhi faktor genetik. Apa yg boleh wifey lakukan sekarang cuma kawal pengambilan gula dan karbohidrat, semoga at the end saiz baby dalam kandungan sesuai untuk dilahirkan secara normal.

Bagi aku dan wifey, kalau boleh memang nak sangat baby kami dilahirkan tanpa pembedahan tapi apa saja kemungkinannya nanti tetap kami terima. Yang penting wifey dan baby selamat dan sihat..insyaallah. Buat masa ni kami akan terus berdoa mudah-mudahan semuanya berjalan lancar, selamat dan kalau boleh wifey dapat bersalin normal. Doakan kami ye.

Secara eksklusif kali ni aku persembahkan 3 pics from video checkup tempohari dan edited version videonya kalau korang nak layan :)



censored













6 comments:

ZERO VENDETTA said...

saya doakan kak ira & baby akan sihat & selamat.amin...

nnt amani ada geng la :)

Anonymous said...

Dr Hamid Arshat ya?

Najed said...

tq ayu. insyaallah :)

haah...dr hamid arshat. not bad la..hope till the end ok :)

k|ree said...

insyaAllah..sume akan selamat...dah nak bersalin pun...takyah la wat 4D...tunggu keluar je...hehehe...

Najed said...

tq2...amin.

hehe.

ZERO VENDETTA said...

aah tak buat 4D pn x pe BBS sbbnya for me it is not worth

tp nak keluar dh pn, msti dh excited kan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...