Berlalu sudah syawal...

Saturday, October 9, 2010

Semalam dah hari terakhir Syawal 1431H. Dengarnya masih ada yg buat open hse weekend ni walaupun officially aidilfitri celebration tahun ni dah habis. Tak kisahlah, nak buat makan-makan ke open table ke bila-bila je boleh. Dr Fadzilah Kamsah pun kata belanja orang makan ni salah satu cara kita nak cuci hati :)

Just recap, tahun ni alhamdulillah banyak jugak aku dapat jemputan makan-makan tak kira la open hse or close hse. Cuma, kalau diluar waktu dan area pejabat aku memang banyak missed.

Kat sini, secara terbuka (wah!! hehe) aku nak minta maaf banyak-banyak kepada semua yang sudi menjemput tapi aku tak dapat menghadirkan diri. Sehabis boleh aku mmg appreciate jemputan korang dan nak sangat datang tapi adalah kekangannya time tu yang menyebabkan aku tak muncul. Harap korang tak serik menjemput ye.

Oklah, setakat ni je dulu. Main point cuma nak mintak maaf kepada 'tuan-tuan rumah' yang aku tak datang open house/ close house dorang tu. Walaupun majoritinya tak pernah masuk blog ni, even ramai yang tak tau pun kewujudannya tapi mana tau suatu hari nanti korang terjumpa post ni so korang tahu koranglah yang aku maksudkan itu ok :)

p/s: Selamat pengantin baru to Ope and Farisha. Moga berkekalan ke akhir hayat. Wedding reception belah Ope ni pada 26 Sept lepas di Bukit Damansara selepas majlis akad nikah sehari sebelumnya. Congratulation to both of you.




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...