Ten Ten Ten

Tuesday, October 12, 2010

Masyarakat asia memang superstitious DevilWinking smile . Salah satunya melibatkan nombor. Macam ahad lepas, 10 Oktober 2010 (10-10-10) di beberapa negara asia berlangsungnya mass wedding (perkahwinan beramai-ramai) melibatkan bukan saja ratusan, malahan ribuan pengantin pada satu masa. Semua ni takde sebab lain kecuali demi mengejar angka ‘bertuah’ tu…isk isk isk.


Di Malaysia pun sama. Kat Bangunan Hokkien Association Klang dengarnya seramai 280 couple kahwin ramai-ramai hari tu. Special sungguh tarikh tu sampai our angkasawan negara pun pilih tarikh yang sama melangsungkan perkahwinan dia. Perkahwinan yang digelar wedding of the decade…hmmm...ye ke? ops!!


Bagi aku asalkan takde kepercayaan karut dan terlalu taksub dengan combination nombor-nombor cantik ni takde salahnya nak kahwin ke, buat apa ke pada tarikh tu. Kalau tidak, terutamanya bagi yg muslim, bawak-bawak la bertobat...boleh menjejaskan akidah.


Bagi yg berjaya mengabadikan tarikh ni dengan peristiwa bersejarah, tahniahlah diucapkan. Best, senang nak ingat tarikh special ni. Bukan setiap tahun pun boleh pakai tarikh-tarikh cantik 6 angka ni. Dari 2001 hingga 2012, cuma 4 kali je tarikh cantik 6 angka ni jatuh pada weekend. Selain tahun ni, tahun-tahun lain cuma pada 2002 (02-02-02 sabtu), 2004 (04-04-04 ahad) dan 2007 (07-07-07 sabtu). Selain weekend, jarang la orang buat majlis kahwin time weekday kecuali hari jumaat. Oh ye 11-11-11 (next year) jatuh pada hari jumaat ye, boleh la sapa-sapa yang nak nikah dan buat reception dinner hari tu start booking dari skrg.


Ahad lepas aku dan wifey ke wedding kawan wifey di Kepong. Ni reception belah lelaki. Time reception belah perempun kami tak dapat datang sebab family day kat kuantan hari tu. Selamat pengantin baru buat Aida dan Fazily. Moga berkekalan ke akhir hayat dan cepat-cepat dapat baby ok.

DSC04296


Aida dan Fazily ni pernah datang ke rumah kami beberapa kali so aku pun dah biasa dengan dorang. Mak andam + jurusolek wedding dorang ni sama dengan wedding kami dulu. Tak sangka dorang ambil selepas kami recommend beberapa bulan lepas.

DSC04310


Reception dorang ni di kawasan flat tapi obviously cukup meriah dan besar-besaran. Khemah pun sampai 8 buah. Aku dan wifey terasa macam attend kenduri kat kampung je. Terserlah semangat muafakat penduduk kawasan ni.


Apa yang jarang kita dapat lagi zaman sekarang ialah kerjasama orang muda dalam hal gotong-royong macam kenduri kahwin dulu kala. Specialnya time reception Aida dan Fazily ni budak-budak lelaki dan perempuan yang jadi penanggah/ bentaranya. Cukup rajin budak-budak ni, kejap je meja clear lepas kita makan. Masing-masing pakai t shirt merah, ada bunga kat dada + tuala Good Morning kat leher…klasik. As usual, tak lengkap kenduri kahwin tanpa sessi karaoke. Sessi karaoke kat sini jadi sangat menghiburkan sebab masing-masing sporting dan suara-suara yang disumbangkan tu tak menanahkan telinga...terbaik Winking smile.

DSC04308DSC04305


Btw, selain kemeriahan perkahwinan yang memberikan saat-saat bahagia dan kegembiraan, tarikh 10-10-10 tetap meninggalkan sejarah hitam negara bila 12 orang terbunuh dalam kemalangan Bas Ekpress Delima di PLUS Highway. Sangat ngeri rasanya bila tengok gambar-gambar di tempat kejadian yang sekarang mula tersebar di internet. Mudah-mudahan kejadian seperti ni tak berulang lagi dan janganlah hendaknya kita, keluarga, rakan-rakan atau sesiapa saja terlibat dalam kejadian seperti ni…insyaAllah. Al Fatihah buat mereka yang beragama Islam yang terkorban.

69846_

p/s : post ni 1st time guna Window Live Writer. harap-harap hasilnya ok Winking smile


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...