Chinta Menyesal

Friday, October 15, 2010

Pasti ada yang tak sudi layan drama bersiri Chinta ni disebabkan Fasha Sandha. Aku pun kalau dia berlakon dan tgk cerita tu biasa-biasa je memang terus ignore. Tapi kali ni dengan Chinta Binti Musa a.k.a Chinta Chanduri ni aku tewas…hehe.

drama chinta tv3


Chinta ditayangkan di slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Khamis mulai pukul 6.30 petang. Kalau tak sempat tengok, boleh je layan kat TONTON. Aku pun bila sampai rumah, Chinta dah separuh so aku tengok je kat TONTON. Lagi best, iklan pun takdelah berjela-jela.


Tarikan Chinta bukanlah semata-mata kerana Fasha Sandha walaupun lakonan dia memang superb. Aku yang tak minat Fasha pun boleh jadi follower Chinta disebabkan barisan pelakon yang memang best, jalan cerita, cinematography dan sountrack yang sangat sesuai dan mantap. Tak perlu rasanya aku nak bagi sinopsis drama ni sebab dah banyak ada kat blog lain macam kat AzuanRazi ni. Takde apa nak cakap lagi melainkan bagi aku Chinta sangat ‘menjadi’ dan aku nak klasifikasikan drama ni sebagai hiburan BOLEH TONTON.


Ops, belum habis lagi…

Aku tengah suka satu lagu ni. OST Asmara, drama kat TV3 jugak yang ditayangkan setiap Selasa pukul 9 malam. Lagu Menyesal ni from Sixth Sense. Catchy betul arrangement muzik dia. Walaupun aku tak follow drama Asmara ni tapi sesekali tengok, dengar lagu ni rasa lagu ni best. Oh ye, OST Chinta pun guna lagu Sixth Sense jugak tapi lagu Khatimah Cinta. Overall, lagu-lagu Kumpulan Sixth Sense ni memang not bad lah even kalau nyanyi live tu suara vocalist dia agak kelaut.



Aku tau sekarang tengah musim Maher Zain tapi genre lagu macam Menyesal ni pun aku akan layan kalau sesuai sebagai halwa telinga aku. Masa aku post pasai lagu Maher Zain lebih kurang 3 bulan lepas kat sini, aku pun tak sangka hari ni Maher Zain dah jadi fenomena kat Malaysia. Selain dibuktikan dengan sambutan hangat bila Maher Zain datang kat Malaysia sekarang, satu lagi bukti ialah bila ramai yang pakai ringing tone lagu Maher Zain termasuk la aku..hehehe. Alhamdulillah, nampaknya genre hiburan islami makin mendapat tempat dihati kita semua.


Baru-baru Maher Zain dan release latest video clip dia. Video clip kali ni untuk lagu The Chosen One. Menarik video ni, ada menyentuh isu islamofobia. Aku klasifikasikan video ni sebagai WAJIB TONTON.




3 comments:

ZERO VENDETTA said...

sronok baca entry BBS sbbnya variety storynya :)

byk jgk yg menarik d'mata saya & ilmu tu nak kena ceduk dr BBS nnt.tunggu....

Najed said...

ala...hehehe, buah rambutan diluar pagar, ambil galah tl jolokkan :)

DJ said...

Fasha Sandha yg belakon...tolonglah! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...