Who is Salt?

Thursday, September 30, 2010

Koleksi movies yang didownload makin banyak tapi jarang sangat aku tonton. Malam semalam Streamyx down, tv pun takde program menarik so nak hilangkan bosan aku layan filem Salt. Filem ni aku boleh consider baru jugak. Kalau tak silap masuk panggung bulan 7 hari tu.


Filem mengisahkan Evelyn Salt seorang agen CIA lakonan Angelina Jolie yang disyaki seorang spy Russia. Salt melarikan diri bukan saja untuk membuktikan dia tidak bersalah tetapi juga untuk menyelamatkan suaminya yang mungkin dalam bahaya. Disepanjang 'pelarian' itu, kita sedikit demi sedikit akan mula berfikir siapa sebenarnya Salt melalui beberapa flashback.






Aku mengaku tarikan utama aku nak tonton filem ni adalah disebabkan Angelina Jolie. Apa saja filem lakonan Angelina Jolie tak pernah menghampakan aku. Salt jugak tak terkecuali kali ni. Filem ni mungkin ada persamaan dengan berpuluh-puluh, mungkin jugak beratus filem lain yang mengisahkan pelarian agen CIA/ FBI/ KGB etc, terasa 'lemau' tapi aku tetap sukakan Salt sebab lakonan Angelina Jolie as usual sangat convincing.

Siapa yang sukakan trilogi Bourne mesti akan sukakan Salt. Aku adalah peminat trilogi Bourne. Salt bagi aku juga 'menyeronokkan' macam Bourne. Plot memang menarik. Terasa 'percaya' je bila Salt pun tertipu dengan identiti orang rapatnya. Apapun, bila kita rasa kita dpt jawapan untuk apa yg kita tertanya-tanya, rupanya itu belum lagi jawapan sebenar hinggalah ke minit-minit terakhir. Takpelah, apalah sangat perlu berfikir sikit mencari jawapan identity sebenar Salt kalau dalam trilogi Bourne kita boleh menunggu hingga 3 filem..hehe. Berdasarkan ending setakat ni aku confident akan ada Salt 'Supremacy' mungkin juga Salt 'Ultimatum' lepas ni, kita tunggu dan lihat sajalah :)


Rating Aku : 4.5/5 (bukan hanya disebabkan AJ tapi cerita mmg best...serius)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...