Fabulosity

Monday, September 27, 2010

"Begitu sempitnya waktu, begitu besarnya cinta"...sebenarnya takde kaitan pun tagline filem Ungu Violet ni dengan post kali ni.


Aku cuma nak cakap melalui sempitnya waktu tu yg aku busy kebelakangan ni. Program di Kuantan hampir tiba. Sejak Selasa lepas tiap2 hari aku balik dari opis lepas maghrib. Sepanjang hari selesaikan urusan diluar, lewat petang baru masuk opis. Duduk rehat sekejap sambil check message, email n apa2 yg urgent, sedar-sedar dah nak maghrib. Lepas solat maghrib la sudahnya baru aku gerak balik rumah. Kalau aku online pun kebelakangan ni aku banyak jenguk facebook je...hmmm.

Hari ni aku ada semangat sikit nak berblog. Kali ni aku nak story pasai 3 fabulousity yang ada kaitan diantara satu sama lain :)


1. Fabulous Mom


Kedai Fabulous Mom ni aku pergi petang semalam masa temankan wifey cari barang2 postnatal. Cawangan kedai ni kat Bandar Puchong Jaya dekat je dengan rumah aku. Betul-betul kat area bangunan baru di sebelah new wing IOI Mall.

Banyak jugak barangan menarik untuk keperluan ibu dan baby ada kat sini. Tapi sebab kami dah banyak shopping sebelum ni so wifey taklah beli banyak barang pun. Cuma ambik apa yg belum ada je macam breastmilk storage dan nursing wear. Lepas ni kami plan nak datang lagi kalau ada keperluan nanti sebab selain banyak pilihan barang, harganya juga berpatutan. Seronok jugak dapat harga diskaun untuk promosi yang entah apa entah (tak tau pun ada promosi, tup tup nak bayar rupanya ada diskaun la, purchase with purchase la etc).





2. Fabulous Scenery

Dari ruang rehat Kedai Fabulous Mom, aku dapat lihat pemandangan yang sangat cantik di luar. Ada kawasan bekas lombong yang dah menjadi landskap semulajadi yang cantik di kawasan ni. Alangkah baiknya kalau pembangunan kawasan ni dulu memanfaatkan keindahan panorama ni menjadi juga tempat bersantai (ala-ala waterfront ke). Sekarang ni positioning bangunan pejabat dan kedainya takde la membolehkan nak bersantai-santai sangat....ruginya. Gambar-gambar ni dari kamera hp je, gelap sebab ambik time matahari tengah tegak di kepala.




3. Fabulous Wife

Hehehe...obviously and for sure to me.



Dapat tak kaitan 3 fabulosity ni? senang je... sebenarnya ada 4 iaitu fabulous husband temankan fabulous wife di kedai fabulous mom sambil menikmati fabulous scenery...boley? gurau je.

Aku mulakan post ni tadi dengan tagline filem Ungu Violet so aku sudahi dengan sikit trailer filem tu pula. Aku pernah dan masih sukakan filem ni dengan sountracknya juga. Jom layan....sambil mengimbas memori-memori silam :)




Menanti Sebuah Jawaban by Padi
Ungu Violet OST

Aku tak bisa luluhkan hatimu
Dan aku tak bisa menyentuh cintamu
Seiring jejak kakiku bergetar
Aku tlah terpaku oleh cintamu
Menelusup hariku dengan harapan
Namun kau masih terdiam membisu

Sepenuhnya aku...ingin memelukmu
Mendekap penuh harapan...tuk mencintaimu
Setulusnya aku...akan terus menunggu
Menanti sebuah jawaban tuk memilikimu

Betapa pilunya rindu menusuk jiwaku
Semoga kau tau isi hatiku...
Dan seiring waktu yang terus berputar
Aku masih terhanyut dalam mimpiku

Aku tak bisa luluhkan hatimu
Dan aku tak bisa menyentuh cintamu


4 comments:

ZERO VENDETTA said...

Chopp...
Seyes mcm menarik & tertariklah nak ke kedai fabulous mom tu sbb mcm byk je brg.istead of price ok ke?

Najed said...

ermmm...dia byk brg kecik2. ada kedai tu stroller je byk tp brg kecik2 kurang. harga...ermmm, x sure sgt sbb tak beli byk brg pun. nak cepat gi open hse hr tu.

Anonymous said...

she/the owner started online jer...then organically grew her biz..respek!

Najed said...

betul2...inspiring :)

so bila nak start jual online cookies/ kek tu..hehe. bole la kita jv...ahaks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...