Antara Waktu & Usia

Tuesday, November 13, 2012

3 bulan lepas kali terakhir blog ni diupdate...cepat betul masa berlalu. Tanggal 20 Oktober 2012, Syaurah genap 2 tahun. Patutnya ada post special untuk anakanda tersayang sempena birthdaynya. Tapi, sang papa sangat busy. Projek wajib video Timeline 2nd Year Syaurah pun tergendala. Beberapa minggu sebelum 2nd birthday Syaurah tu aku gigih sikit-sikit upload video and pics dalam Movie Maker...then, aku stop bila rasa aku tak enjoy langsung membuatnya.

Hari Deepavali yang tenang hari ni, kami bertiga rest saja kat rumah. Wifey masak kat dapur, aku pulak layan Syaurah. Mood cukup baik, aku rasa nak post something kat blog ni. Just, nak siapkan video timeline Syaurah kena suasana yg lebih tenang (tanpa gangguan tangan kecil yang sibuk sama nak tekan keyboard). Finally aku decide video timeline tu kena dibahagi dua. Still pictures akan divideokan kemudian. Rushing jugak nak siapkan video ni...hasilnya taklah memuaskan hati sangat tapi sebab dah upload ke youtube and lagu tema tak download lagi so aku kira done je la. Kalau ditangguh-tangguh mmg tak berupdate la blog ni jawabnya :P

Buat Syaurah, masa post ni disiapkan..kakak berlegar-legar sekeliling papa sambil sekali sekala tarik papa mintak itu ini. Happy belated birthday !!! papa n mama luv u. InsyaAllah, kalau keadaan mengizinkan papa siapkan nanti 2nd part video timeline 2nd year kakak (buat masa ni tu je cara paling senang nak compile pics kakak...yearly basis :D ).

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...