Syaurah . Chicken Pox . Cuti Raya

Friday, August 17, 2012

Kelam kelibut jugak perancangan cuti raya aku & wifey tahun ni. Kejap nak cuti, kejap tak cuti, finally aku start cuti mulai esok sampai 28hb. Wifey pulak sebab baru start kerja kat tempat baru and belum ada cuti so takde la tambah annual leave, next wednesday wifey dah start kerja balik.

Tanpa disangka, tiba-tiba aku terpaksa apply cuti tambahan 5 hari mulai isnin lepas. Kiranya  bila campur dengan cuti raya yang aku apply as mandatory leave 5 hari, total cuti raya aidilfitri aku tahun ni semuanya jadi 18 hari (11 - 28 Ogos). Perghhh...aku tak ingat sama ada aku pernah cuti sebanyak tu selama aku kerja 10 tahun ni. Actually cuti tambahan tu sebab Syaurah dijangkiti chicken pox, tak boleh la nak hantar ke nursery so papanya yang takde masalah nak bercuti kena la jaga Syaurah dirumah. 

Kami bawa Syaurah berjumpa 2 doktor untuk pastikan ianya chicken pox atau tidak. Confuse sebab Syaurah tak demam tapi ada beberapa gelembung-gelembung macam chicken pox keluar. 1st doktor kata rashes, 2nd doktor kata chicken pox and as the conclusion kami decide to consider it as chicken pox (tak nak ambik mudah).
 
Balik dari hospital aku singgah beli air kelapa untuk bagi Syaurah minum (orang kata bagi cepat chicken pox tu keluar habis).
 


Kebetulan pakcik jual air kelapa tu ada daun semambu so bila aku cakap je air kelapa tu nak bagi anak kena chicken pox terus pakcik tu petik daun semambu untuk aku. Pakcik tu pesan suruh buat alas tidur Syaurah untuk hilangkan gatal-gatal. Seingat aku, masa aku kena chicken pox lepas habis SPM dulu, mak ada jugak guna daun ni. Daun ni biasanya orang india yang tanam, time aku dulu mak mintak aci sebelah rumah tolong carikan. Untuk Syaurah, aku gunakan daun ni rendam dalam baldi, buat mandi je.



Lepas mandi, aku sapukan chicken pox tu dengan Calamine Lotion (alhamdulillah, cepat juga kering chicken pox tu). Doktor pun ada juga bagi ubat minum untuk hilangkan gatal-gatal. Aku ada juga cuba sikit-sikit petua orang tua-tua macam tak bagi Syaurah makan makanan gatal seperti telur, ayam, daging etc. Menumis/ mengoreng dalam rumah pun kami kurangkan. Beberapa hari ni kami bagi Syaurah makan sup ikan dan nasi je. Alhamdulillah, finally chicken pox Syaurah tak teruk dan cepat kering. Hari khamis, aku hantar semula Syaurah ke nursery dan aku cancel cuti.
 
Pengalaman  pertama menjaga Syaurah sendirian selama 3 hari sangat menyeronokkan. Syaurah dah besar dan dengar kata. Sesekali buat perangai tu biasa la, nama pun budak-budak. Mula-mula aku berat hati jugak nak cancelkan cuti tapi finally bila adik wifey kirim something untuk kawan dia kat opis, aku terus je kembali bertugas. Fikir-fikir pun cuti raya mulai esok till 28hb tu masih banyak masa boleh dihabiskan dengan Syaurah. Start rabu depan tu bila wifey start kerja semula dan nursery masih tutup kami duduk berdua jugak.

Selepas 3 hari ni, now aku faham bila ada parents rela lepaskan karier etc just to jaga anak sendiri. Memang puas tengok anak sentiasa depan mata. Sejak wifey start kerja baru ni pun, aku yang hantar Syaurah pagi-pagi dan ambik semula kat nursery petangnya. Memang sedih tinggalkan anak kecik-kecik lagi tapi 1 fine day Syaurah kena pergi sekolah etc so rasanya takde masalah nanti sebab Syaurah dari kecik dah pandai berdikari. Masa hantar ke nursery, dalam kereta aku selalu cakap pada Syaurah (even maybe dia belum faham ), papa mama kerja untuk Syaurah juga, untuk kita sekeluarga, insyaAllah suatu hari Syaurah akan mengerti.

1st day jemput mama from office
2nd day jemput mama from office
Shopping grocery with Papa
3rd day jemput mama from office
 Oklah, panjang dah celoteh kali ni. Now nak wish selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H buat semua, maaf zahir batin. Jumpa lagi.




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...