Last day at MK

Friday, July 27, 2012

Today last day wifey di MK. Lebih 5 tahun disana akhirnya tiba juga masa untuk wifey berubah angin.

Kalau diikutkan wifey hampir-hampir meninggalkan MK beberapa bulan lalu. Tapi, disaat-saat akhir wifey berubah fikiran gara-gara kurangnya sokongan dari pihak MK dan aku sendiri. Kali ini semua pihak positif terhadap keputusan wifey dan bermula 1 Ogos nanti wifey akan mula bertugas di tempat baru.

Alhamdulillah, wifey sebenarnya mendapat 2 tawaran dalam satu masa (rezeki anak-anak mungkin :). Pasti, akhirnya hanya satu tawaran yang difikirkan terbaik sahaja akan dipilih. Kami berdoa mudah-mudahan penghijrahan wifey ini adalah keputusan tepat dan terbaik untuk kami semua.

Penghijrahan wifey secara tidak langsung sebenarnya bakal mengubah jadual harian kami sekeluarga. InsyaAllah, aku & wifey cuba menerima secara positif dan yakin banyak hikmahnya. Cuma, harapan kami moga jadual baru itu nanti tidak akan menjejaskan masa berkualiti kami bersama Syaurah. Buat masa ini, kami keep on cakap dengan Syaurah 'nanti mama kerja tempat baru, papa kena hantar kakak gi nursery awal, kakak tidur je ye'. Sebelum ni kami memang agak lambat hantar Syaurah ke nursery. Siap breakfast sama-sama lagi but nanti buat sementara sebelum sure the right time nak keluar rumah etc mungkin banyak aktiviti yang perlu dikiv. Harap Syaurah memahami. Papa & mama always luv u. Ini juga salah satu usaha kami untuk berikan yang terbaik buat kakak. Takpe, susah-susah dahulu, senang-senang kemudian :)

p/s : dalam hati sedikit risau (biasalah resistance to change) tapi tak mahu fikirkan sangat ....huhuhu.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...