Paradigm Mall

Thursday, May 31, 2012

Selasa lepas aku & wifey ambil cuti untuk setelkan beberapa urusan peribadi. Syaurah pun finally joint sekali walaupun mula-mula kami bercadang nak tinggalkan dia di nursery. Rasa tak seronok kalau berjalan tak bawak si kecik ni sebenarnya.

Selesai urusan kami di KL dan Brickfields, kami bertolak ke Kelana Jaya melalui LDP. Hampir kami sampai ke Kelana Square, tiba-tiba aku terpandang bangunan ini.


 Inilah Paradigm Mall yang baru je dibuka pada 23.05.12. Kiranya time kami pergi tu tak sampai seminggu pun dibuka.

 



Walaupun masih banyak kedai yang belum dibuka, so far so good, kedai yang dah start operate pun macam-macam, sempat la kami shopping sikit-sikit. Parkson, Harvey Norman, MPH antara major tenant yang dah start business. Marks & Spencer dan Tesco bila aku tanya staff kat situ next week akan buka. 



Wah! kedai roti Tun Mahathir pun ada kat sini. Oh lupa, dulu The Loaf ni memang agak eksklusif tapi sekarang dah banyak, kat IOI Mall dah ada :)

Tentang fasiliti, sebab tempat baru, semuanya kira ok. Macam aku & wifey, sebab ada anak kecil, baby room yang penting utk nursing dan tukar diapers disediakan cukup cantik, siap ada water dispenser lagi. Surau pun cukup besar dan selesa. Cuma setakat ni, mall ni takde food court, banyak restoran je. Aku dan wifey yang terasa nak makan nasi that day tak jumpa tempat yang menepati selera kami. Kerusi pun takde disediakan di koridor for those yang penat bershopping dan nak duduk sekejap. Macam aku, penat menunggu wifey bershopping, sampai lenguh kaki.



Sebelum balik,  kami masuk ke Kaison yang ala-ala kedai dua ringgit (macam-macam ada dan kami agak most of the items from China). Cantik-cantik barang dalam kedai ni, harga pulak sangat berpatutan. Sempat la kami grab beberapa barang untuk rumah kami. Syaurah pun dapat teddy bear kat kedai ni.




Sejujurnya tiada apa-apa keistimewaan Paradigm Mall ni jika nak dibandingkan dengan mall-mall yang lain di Malaysia. Ia mungkin sebagai alternatif kepada penduduk sekitar untuk memudahkan mereka membeli belah. Walaubagaimanapun, wifey sangat suka ke sini kerana kedai-kedai pakaiannya banyak pilihan dan setakat ini harganya menarik. Rasanya, no problem, kami mungkin kesini lagi lain kali.

Last but not least, sebenarnya aku ke Kelana Jaya (Kelana Square specifically) untuk redeem hadiah saguhati Peraduan Jacobs Ibuku Inspirasiku yang aku menang. Hadiahnya ialah barangan La Gourmet bernilai RM500. Alhamdulillah, rezeki, saguhati pun ok. Aku tak simpan pulak copy cerita yang aku hantar untuk peraduan tu, kalau tak boleh aku post kat blog ni. Harap-harap ini adalah permulaan. mudah-mudahan next time boleh menang hadiah yang lebih besar lagi, insyAllah.

ni lah barang-barang yang aku terima haritu...thanks Jacobs

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...