AQUARIA @KLCC

Saturday, June 9, 2012

Post ni cadangnya nak dipublish sempena cuti sekolah sekarang ni. Ikut plan, paling lambat pun patutnya publish last week or early this week. Last-last baru malam ni dapat siapkan (sehari sebelum cuti sekolah habis)...huhuhu.

Agak busy dalam seminggu dua ni. Ada program company yang baru je selesai ahad lepas then start pulak komitmen dengan family. Tak putus-putus tetamu datang ke rumah kami, mula-mula adik beradik wifey, lepas tu family aku pulak. Best bila ramai orang datang ni...tiba-tiba rumah jadi sangat meriah. Alhamdulillah, lagipun setiap tetamu tu membawa rezeki, mudah-mudahan bertambah murah rezeki kami...amin.
Ok, tentang lawatan ke Aquaria ni, sebenarnya aku dan family wifey joint rombongan sekolah makcik wifey dari Perak melawat ke Aquaria ni.Tiket kami pun makcik wifey sponsor (thanks Acu). Sebelum ni tak pernah terfikir nak ke sini. Aquaria bagi corporate rate pada staff tempat kerja aku pun tak pernah aku peduli. Finally, sebab nak jumpa makcik dan adik wifey + sejak ada anak kecik ni, aku terbuka hati :))

Habis melawat Aquaria, aku istiharkan bahawa aku teruja dan bergembira dengan lawatan ini. Tempat ni sangat ok dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Kalau orang tua suka, budak-budak apatah lagi, edutainment spot yang sangat berbaloi dilawati. Aku recommend sangat-sangat Aquaria ni pada semua...at least sekali pergi pun jadik. Oklah, just nak share few selected pics (banyak sangat pics tangkap hari tu, mana boleh upload semua). Untuk keterangan lanjut tentang Aquaria, boleh visit www.aquariaklcc.com



















coming soon at Aquaria KLCC

2 comments:

ZERO VENDETTA said...

nice! masa pg dulu sgt teruja & puas hati. teringin nak bawa irdina tp msih blm ada masa. tggu daddy habis exam insyaAllah lah kot. sy rasa aquaria antra yg terbaik & well maintain. kalau underworld singapore & langkawi hampeh kotor & x menarik.

Najed said...

betul..betul...betul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...