4++

Saturday, March 5, 2011

Dah lama rupanya tak update about our Nurina Syaurah. Last update dulu bulan 12, masa my birthday. Lama dah tu, dah lebih 2 bulan..isk isk isk. Kalau 1 day Syaurah baca blog ni, papa bukan tak nak update pasai Syaurah ok, papa cuma busy jaga Syaurah, Syaurah la priority papa sekarang....hehehe (alasan).

Our Nurina Syaurah dah berumur lebih 4 bulan lebih. Lebih kurang 2 minggu lepas dah pandai meniarap.


Aku dan wifey 'makin' fokus pada Syaurah sekarang. Sejak Syaurah dah pandai meniarap ni kami risau jugak nak tinggalkan Syaurah seorang lama-lama so kena pastikan at least salah seorang dari kami sentiasa ada memerhatikan Syaurah.


Alhamdulillah, menjaga Syaurah sebenarnya agak mudah walaupun ia pengalaman pertama buat aku dan wifey. Syaurah memang good girl dan tak banyak kerenah. Mudah-mudahan mudahlah papa dan mama mendidik dan membesarkan Syaurah hingga Syaurah dewasa nanti...insyaAllah, amin. Macamanapun, kerap jugak aku dan wifey 'ternganga' bila perkara baru muncul mengenai Syaurah. Mujur dengan bantuan (+ tips) dari family dan sahabat handai semuanya dipermudahkan Allah dan dapat kami tempuhi.


Kalau diingat balik apa yang berlaku dalam 4 bulan ni sejak Syaurah bersama kami, aku tak mampu nak conclude satu perasaan yang pasti...very mixed emotion. Of course la aku sangat happy tapi perasaan risau tu boleh tahan jugak banyaknya...anxious sokmo. Pengalaman pertama lah katakan :)

Oklah, jom aku kongsi sikit trivia pengalaman aku dan wifey dalam tempoh lebih kurang 4 bulan ni,

  • Aku tak percaya aku menjadi seorang yang begitu sentimental bila pertama kali tinggalkan Syaurah di nursery. Walaupun perasaan tu lebih terkawal berbanding pertama kali tinggalkan Syaurah dikampung masa wifey pantang hari tu tapi this really-really not me...no no no :)


  • Setiap kali Syaurah dapat suntikan imunisasi, aku rasa aku lebih risau dari wifey. So far, Syaurah ok saja malah the last time hari tu dia tak nangis pun. Baru-baru ni kami dapat tau sepatutnya lepas inject kami kena tuam dekat tempat injection tu untuk redakan bengkak dan sakit baby...hmmm.


  • Kami masih belum cukur rambut Syaurah. Wifey memang larang aku cukur sendiri so kami cuba cari kedai yang mahu cukur rambut baby. Tak jumpa kedai yang mahu finally rambut Syaurah gugur sendiri dan macam botak pun. Tengoklah nanti, maybe kami akan cukur jugak kalau perlu, kalau tak biar jelah.


  • Alhamdulillah, Syaurah masih full breastfeed (BF). Kami rancang nak Syaurah full bf sekurang-kurangnya sampai umur 6 months nanti. Tapi stok susu ibu tu dah makin kurang dan mungkin tak dapat menampung keperluan Syaurah lagi. Sekarang wifey bekalkan Syaurah 7 botol susu (4 oz each) setiap hari. Sekali sekala ada balance 1 botol waktu ambik Syaurah balik. Jenuh jugak wifey nak dapatkan 7 botol tu tiap-tiap hari tapi wifey memang cuba sedaya upaya sekarang ni. Kalau ditakdirkan kena campur sikit dengan susu formula nanti kami bajet time Syaurah kat nursery je lah guna susu tu in case susu ibu yang wifey bekalkan tak cukup.

botol ke 7 dah tak muat bekas dah....

  • Kami berjaya gunakan cloth diaper (CD) sejak Syaurah berumur sebulan. Kebetulan kami beli time sale so kami dapat kumpul 22 set dengan kos yang cukup berbaloi. Tak susah gunakan CD ni cuma kena rajin sikit kumpul dan basuh. Basuh pun guna mesin basuh je tanpa sabun atau softener. Syukur nursery pun entertain niat kami guna CD ni. Selagi boleh kami cuba fully utilised CD ni.


  • Syaurah tidor lebih awal dan lebih lama sekarang. Paling lambat pukul 9 malam dia dah lena. Kami pernah latih Syaurah tidur sendiri, tapi sempat 1 malam je sebab tak sampai hati tengok dia menangis teresak-esak. Sejak malam tu dia tak mau langsung tidur dalam coat dia lagi, terpaksa share katil kami...huhuhu. Bila Syaurah masuk 4 bulan, dia start sendiri set time tidur dia, pukul 8 dah start merengek-rengek dan kadang-kadang tertidur sendiri. Oh ye, bila waktu tidur Syaurah nampak dah stabil ni dapat la aku kembali berbloging..hehehe.



abg saqif hepi tgk Syaurah dah bangun tido

3 comments:

♥ OUR HOME MADE CHOCOLATE ♥ said...

salam, br je perasan entry ni. urm w/p dh lama tak update psl syaurah tp entry ni ckp best sbbnya mnyentuh semua isu. good job. baca pn cm rasa seronok je...

appn smoga syaurah mnjadi anak yg solehah. utk nur irdina amani jg. amin...

ZERO VENDETTA said...

choppp lupa plk nk tkr akaun td. ampun!

Najed said...

amin...insyaAllah.

p/s : lmbt giler reply kan...huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...