Jangan ada benci

Sunday, February 27, 2011

Setakat ni 4 weekend berturut-turut mulai 20 Februari lepas hingga 12 Mac nanti aku dah dapat jemputan untuk majlis perkahwinan. Dah musim orang kahwin ke? zaman sekarang ni mana ada musim lagi, anytime boleh buat kenduri kahwin. Cuma biasanya time cuti sekolah yang menjadi pilihan nak bagi mudah sanak saudara jauh dekat berkumpul...itu aje. Apapun aku nak consider dah tiba musim kenduri kahwin sekarang ni sebab memang banyak sgt jemputan kahwin yang aku terima dan berderet-deret.

Setiap jemputan yang aku terima tu sangat aku hargai dan semampunya cuba aku penuhi. Andai kata aku tak dapat hadir, aku tetap mendoakan semoga jodoh pasangan pengantin yang diraikan akan berkekalan ke akhir hayat (biasanya kat kad jemputan tu ada doa..baca jelah dengan niat ikhlas doakan pengantin).

Ada sesuatu yang special sikit musim kahwin kali ni. Specialnya ada jemputan tu bukanlah untuk perkahwinan kali pertama pengantin. Ada yang ditakdirkan bertemu jodoh sekali lagi. Memang ramai kawan dan kenalan aku yang sekarang berstatus "J" dan "D" dalam usia yang masih muda (awal 30an). Kebelakangan ni pula, yang berstatus "J" tu ramai yang cepat bertemu jodoh semula...alhamdulillah. Semalam dan hari ni saja, dah 2 orang yang kenalkan/ inform tentang suami baru dan bakal suami baru pada aku. Yang status "D" tu je nampaknya slow sikit :)

Walaupun aku agak terkejut tapi aku happy for them. Bukan apa, sebab ada sesetengahnya masih keluar bersama bekas pasangan masing-masing macam biasa and at the same time jumpa orang baru dan ready bermula semula. Aku sangat kagum dengan ketabahan dorang ni. Tapi mungkin, kita tak tau apa yang ada didalam sebab dasarnya mungkin nampak tenang, dalam hati mereka sapa yang tahu kan?

Dari pengalaman kegagalan perkahwinan orang lain yang aku tahu, aku cuba belajar dan ambil pengajaran dalam mengemudi sendiri bahtera perkahwinan aku. Aku elak fikirkan yang buruk sebab ia memang menakutkan. Berdasarkan pengalaman (setahun jagung) diri sendiri, memang semuanya bukan mudah dan menuntut komitmen yang tak berbelah bagi. Alhamdulillah, aku dan wifey so far so good. Biarpun jodoh pertemuan ditentukan tuhan tapi aku tetap berdoa dan berusaha moga dengan izin Allah rumahtangga aku dan wifey berkekalan ke akhir hayat kami...amin.

Buat semua bakal pengantin baru dan pengantin lama (hehehe..), selamat maju jaya aku ucapkan. Bagi mereka yang berpeluang bermula semula tu, jangan ada benci pada yang lama ye.


Jangan Ada Benci - Casey

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

Di sudut hati


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...