Nespresso

Saturday, February 26, 2011

The Nespresso Story salah satu daripada case study dalam Kursus IMD Module 2 yang baru habis aku joint hari ni. Dalam module 2 ni ada 3 case study, semuanya menarik tapi apa yang lebih menarik sewaktu discuss case Nespresso ni kami dapat cuba Espresso dari mesin Nespresso yang trainer kami bawak dari Lausanne, Switzeland. Oh ye, Nespresso adalah salah satu daripada produk Nestle.

nespresso-magimix

Mesin Nespresso akan brew Espresso dari special capsule yang mengandungi coffee. Setiap kapsul ni hanya akan menghasilkan secawan Espresso sahaja.

NewNespressoCapsules

Aku bukanlah penggemar kopi walaupun zaman student dulu aku sangat sukakan mocha. Sekarang ni bila minum kopi je cepat benar berangin perut aku ni. Apapun, kerana ini satu pengalaman, aku cuba juga Nespresso ni dan memang sungguh sedap. Aku tak sure pulak jenis mana yang aku cuba tapi kapsulnya bewarna gold.

So far , Butik/ Cafe Nespresso masih belum ada di Malaysia. paling dekat pun ada kat Singapore. Tapi, kalau mahu beli mesin Nespresso ni boleh saja beli secara online. Cuma harus diingat, ini adalah produk premium..sediakanlah saja ongkosnya ye :)

nespresso-george-clooney


Peluang menyertai Kursus IMD bagi aku sungguh berharga. Alhamdulillah, sangat banyak perkara yang aku belajar, selain dapat evaluate diri dan tanamkan tekad.


Module 1 kursus ni aku pergi pada Jun tahun lepas, after 6 months, baru kena attend the 2nd module sambil review balik apa yang kami dah belajar masa 1st module. Hari ni dua2 module dah settle dan terserahlah pada kami macamana nak gunakan apa yang kami dah dapat.


Banyak benda yang ada dalam kepala aku skrg ni, that why la aku cepat-cepat post kat blog ni. Post kali ni sebenarnya bukan setakat saja-saja hanya nak cerita pasai Nespresso. Aku harap kalau one day aku 'tersasar', aku jumpa balik post ni, aku dapat kembali ke ‘matlamat’ yang pernah aku semat dalam hati sewaktu habis IMD. Bak kata trainer kami…ini adalah permulaannya, InsyaAllah.


IMG_7402

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...