Comeback

Saturday, February 19, 2011

IMG_3792

After kahwin, aku stop banyak benda. Antaranya aku stop joint kontingen company ke majlis-majlis peringkat nasional macam Sambutan Hari Pekerja, Maulidur Rasul, Maal Hijrah dan Hari Merdeka. Bukanlah wifey melarang tapi masa yg terhad dulu makin terhad dengan keperluan baru bila dah ada family. So aku decide untuk berehat seketika….cewah :)


Selepas lebih 2 tahun, finally aku kembali dengan joint kontingen company ke Sambutan Maulidur Rasul di Putrajaya selasa lepas. Mulanya aku ragu-ragu jugak bila tengok email nama aku naik, tak tau nak decide pergi ke tidak tapi aku rasa nak cuba.


Oklah, semuanya ok…bukannya lama sangat, bila aku balik rumah pun Syaurah baru bangun tidur. Kiranya tak jadi masalah kalau aku nak joint lagi apa2 program lepas ni. Now aku bole declare…i’m back..hehehe.


IMG_3594


Oh ye, sempena Sambutan Ulangtahun Kelahiran Rasulullah S.A.W. ni bersamalah kita renung kembali perjuangan baginda untuk umatnya dan betapa besarnya kasih sayang baginda untuk kita semua. Dari program2 tv dan ceramah ‘I Love Rasulullah’ yang Imam Muda Asyraf bagi kat opis aku, hati ada la jugak dijentik rasa betapa jauhnya diri dari ‘jalan’ yang ditunjukkan baginda, sedangkan kita ni sangat mengharapkan syafaatnya di akhirat kelak. Mudah-mudahan bertemulah aku/ kita kembali ke ‘jalan’ itu hendaknya.

1 comments:

ZERO VENDETTA said...

Hanya dgn keTEKUNan & keSUNGGUHan anda pasti berjaya baik sbgi bapa, pekerja & muslim insyaAllah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...