Kenali 15 Superfoods Dalam Al-Quran

Thursday, February 10, 2011

Aku memang dah lama tak update blog ni. Sori sgt-sgt sebab tak mampu nak beri sebarang petunjuk mahupun ransangan tanda blog ni masih hidup...huhuhu.

Apapun, dalam hati aku sentiasa terkenangkan blog ni. Aku nak sangat kembali aktif dan hari ni aku ada mood nak buat post walaupun cuma nak share info yang aku dapat daripada email. Oklah kan, mungkin boleh consider aku dah kembali :)

Aku nak share info ni sebab sekarang ni musim demam, sakit tekak, batuk, selsema etc so mungkin dengan info ni kita bole cuba membina kembali sistem imunisasi kita. Tambah-tambah lagi bila usia makin meningkat ni, badan terasa cepat sangat susut nilainya. Selama ni kita terlupa Allah dah kurniakan macam-macam 'bahan semulajadi' untuk kesihatan kita. InsyaAllah, lepas ni tak perlu lagi sibuk nak telan 'dadah', berkunjung ke klinik kalau kita amalkan superfoods ni.

Kenali 15 Superfoods Dalam Al-Quran

1. Khasiat Kurma
§ Mengelakkan penyakitdan menyembuhkan penyakit yang kronik
§ Memudahkan proses bersalin dan proses pencernaan
§ Menenangkan perasaan
§ Memelihara kesihatan dan menjauhkan sihir

2. Khasiat Madu
§ Pemangkin kesihatan dan agen penyembuhan yang berkesan
§ Memacu kecerdasan otak
§ Antioksidan (bahan antipenuaan) serta bahan antibakterial (melawan serangan bakteria)

3. Khasiat Bawang Putih
§ Sebagai bahan antikuman dan mempercepat pertumbuhan sel
§ Penyembuh penyakit kronik dan sebagai antibiotic

4. Khasiat Buah Zaitun
§ Agen perubatan, antioksidan (bahan antipenuaan) dan bahan kecantikan
§ Sebagai agen pemakanan yang sihat dan penyembuh penyakit kronik

5. Khasiat Buah Delima
§ Unsur penting pembentukan darah merah dan antioksidan
§ Memelihara jantung dan saraf dan mempercepat tumbesaran

6. Khasiat Halia
§ Agen penyembuh dan pembunuh kuman
§ Penawar racun dan menghentikan muntah

7. Khasiat Timun
§ Agen kecantikan dan penyingkir bahan toksik
§ Menggalakkkan pembuangan air kecil

8. Khasiat Bawang merah
§ Agen pembunuh sel kanser
§ Mengurangkan risiko Alzheimer's dan kencing manis
§ Membantu awet muda dan menurunkan tekanan darah

9. Khasiat Buah Tiin
§ Mengubati penyakit kronik
§ Menjaga kesihatan tubuh
§ Dapat merangsang haemoglobin darah dan mengubati luka
§ Dapat menurunkan berat badan

12. Khasiat Susu ibu
§ Mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul
§ Antijangkitan yang melawan penyakit dan meningkatkan kecerdasan otak bayi

13. Khasiat Ikan
§ jauh dari risiko penyakit jantung dan strok.

14. Khasiat Daging
§ Menguatkan tulang dan gigi dan membentuk sistem saraf
§ Membentuk haemoglobin

15. Khasiat Air (Khususnya Air Zam-Zam)
§ Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah.
§ Diberkati dan mengenyangkan peminumnya.
§ Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah.
§ Menambah kekuatan badan dan banyak lagi.

(dipetik daripada buku “Kenali 15 Superfoods Dalam Al-Quran)

source : forwarded email from MZCP

2 comments:

ZERO VENDETTA said...

good 2x!
hampir semua telah dimakan. smoga khasiatnya akan diperoleh secara berterusan InsyaAllah...

* tak blh tahan part sumber by MZCP tu. wajib srh dia baca ni :)

Najed said...

alamak...mzcp tak perlu tau rasanya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...