The Tao Fighter : Woochi

Sunday, August 1, 2010

Hari ni dah 1 Ogos 2010...fuh!! kejap je dh bulan 8 kan? Apapun, hari ni aku bukan nak story pasai bulan 8 a.k.a. Ogos tapi nak umumkan result award ciptaan aku sendiri untuk ABO Tayangan Hebat Julai 2010...hehe...mengarut time.

Kita mulakan dengan culan-culannya (tiru kumpulan Aleycats cakap) :
1. Niyang Rapik - Melayu
2. Veer - Hindi
3. Miss You Like Crazy - Filipina
4. Radio - Hindi
5. The Tao Fighter :Woochi - Korea
6. Deadline - English
7. The Real Pocong - Indon
8. Shaapit - Hindi
9. Mega Konsert Ungu

Dalam proses penjurian, dek kerana juri (aku la tu) banyak hal lain selain nak ngadap tv je so tontonan 5 hingga ke 10 minit pertama akan menentukan nasib movies yg bertanding. Kalau bosan, juri terus reject (kejam tak?)

Melalui kaedah tersebut, juri dengan kuasa vetonya memutuskan Anugerah Filem Terbaik Bulan Ini jatuh kepada (sila bayangkan bunyi drum skrg ok),

The Tao Fighter : Woochi


Filem aksi fantasi Korea ni sangat menarik. CGInya hebat, jalan ceritanya best. Juri paling suka dengan :

a. kaedah jampi Woochi yg gunakan kertas kuning mcm cerita vampire cina zaman juri kecik dulu
b. method pengurungan Woochi dll selama 500 tahun dalam lukisan (confirm juri tak beli lukisan cam tu nak gantung kat rumah lepas ni)
c. kaitan pesanan tok guru Woochi dlm tulisan darah tu dgn cara Woochi nak hapuskan Hwadam diakhir cerita (briliant).
Sedikit kekurangan telah dihalalkan sebab namanya pun dah filem fantasi, faham2 jelah.

Anugerah khas juri kali ni ialah Anugerah Filem Paling Menyenangkan Bulan Ini, jatuh kepada filem Filipina berjudul Miss You Like Crazy.

Juri dan wifey tengok 2, 3 kali jugak movie jiwang romantika ni sebab jalan ceritanya simple and catchy + lakonan hero dan heroin sunguh 'manis' dan fun (terasa aku dan wifey pulak dlm tu..boleh?). Oh ye, bulan Ogos sgt popular dalam filem ni. Bonus point pada effort produksi yg promote Malaysia especially melalui Twin Tower, Tasik Titiwangsa dan Putrajaya yg sgt significant dlm movie ni.

Rumusan Juri : ABO Tayangan Hebat Julai 2010 punya seleksi kira oklah. Walaupun tak tengok semua tapi pilihan yang ada not bad. Cuma kalau boleh jumlah filem hindi tu dikurangkan...3 movies sebulan rasanya terlalu banyak dan bulan ni semuanya 'kureng'. Niyang Rapik + The Real Pocong biasa saja. Deadline aku tgk sikit je dan rasa tak menarik, sayang filem inggeris pertama KRU Studio ni nmpk macam cerekarama. Konsert Mega Ungu is just another typical concert, bosanlah padahal aku suka banyak jugak lagu-lagu Ungu.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...