Finale Imam Muda Malam Ini

Friday, July 30, 2010

Result Update : KUALA LUMPUR – Setelah tiga bulan bersiaran, program pencarian imam di kalangan generasi muda iaitu Imam Muda akhirnya menobatkan Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan sebagai juara.


Aku taklah follow program Imam Muda ni dari awal, ikut kelapangan je. Tapi beberapa episod terakhir aku tak miss walaupun kadang-kadang hanya siaran ulangan. Makin hari aku rasa makin menarik tugasan dalam Imam Muda ni. Paling aku layan masa tugasan kaunseling untuk pasangan suami isteri yang bermasalah...fuh! mencabar sungguh.

Inisiatif Astro Oasis menganjurkan rancangan realiti ni patut dipuji. Biarpun TV9 terlebih dahulu menerbitkan program realiti islami spt Akademi Nasyid dan Akademi Al-Quran tapi usaha menerbitkan lebih banyak program seperti ni semestinya sangat dialu-alukan. Cuma aku terkilan jugak bila waktu siaran Imam Muda dan Akademi Al-Quran tahun ni serentak (pukul 9 malam setiap Jumaat), persaingan yg kurang sihat sebab dua2 program hebat, rugi penonton tak boleh fokus pada satu program je.

Imam Muda tiba ke kemuncaknya malam ni. Ada 2 org finalist je iaitu Asyraf dan Hizbur Rahman. Seorang dari Penang, sorang lagi dari Kedah...hebat-hebat org utara nih :) Aku ada calon favourite untuk juara malam ni tapi aku tak akan reveal kat sini. Biarpun siapa yg menang, apa yang penting sebenarnya program Imam Muda ni dah berjaya memberi dimensi dan persepsi baru untuk profession Imam di Malaysia. Secara tak langsung status Imam pun dah up la sikit. Kalau dulu kecik-kecik, bila cikgu kat sekolah tanya bila besar nak jadi apa? jawapan standard biasanya nak jadi doktor, guru, polis, jurutera tapi mungkin lepas ni ramai yg akan jawab nak jadi Imam pulak...Alhamdulillah.

Jangan lupa menonton finale Imam Muda di saluran 106, Astro Oasis, jam 9 malam ini ok.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...