Pureen Warehouse Sale

Monday, August 9, 2010


Pureen ni kalau ada yg tak tau adalah jenama barangan dan pakaian bayi. Kawan aku call inform pasai warehouse sale ni yg cuma berlangsung 2 hari sahaja setiap kali, dalam setahun dibuat lebih kurang 3 kali. For this time, dijalankan pada Sabtu dan Ahad baru-baru ni.

Aku siap dpt tips lagi kat mana nak parking and camne nak pilih barang supaya dapat barang yg ok. Warehouse sale camni mmg penuh sesak dgn orang, tips yg aku dapat tu sgt membantu especially untuk pengunjung kali pertama cam aku n wifey. Thanks Din and Fiza.

Aku and wifey keluar rumah seawal mungkin pagi Sabtu tu walaupun masih mengantuk balik lambat from dinner. Bila smpai kat Seksyen 14 PJ (lokasi sale tu) orang memang dah ramai padahal baru pukul 9 pagi. Masuk saja, kami terus ke bahagian pakaian, ambil sebanyak mungkin dan kemudian baru pilih apa yg betul2 nak beli. Lepas dah settle pakaian barulah kami selesaikan pulak barang-barang keperluan lain.



Selesai bab mengambil barang, proses yg leceh sebenarnya adalah time kena beratur panjang untuk membayar. Nak tak nak..beratur jelah.


Banyak jugak barang yg aku and wifey dapat di sale ni. Paling banyak pakaian baby untuk 'basahan' hari-hari. Maklumlah nama pun baby, banyak kali kena salin pakaian sehari so kenalah prepare stok yg banyak. Alang-alang dah murah, boronglah kan.

Dari sale ni rasanya banyak jugak kami save kalau dibandingkan dengan harga yg dibeli di pasaraya. Tak kisahlah org kata mentaliti org Malaysia ni suka jualan murah. Aku pernah baca tips pengurusan perbelanjaan antaranya kalau boleh shoppinglah time sale. Apa yg penting sblm shopping pastikan tau serba sikit market price so time sale tu boleh la compare perbezaan harganya dan pastikan tak rugi akibat penipuan.

p/s : Balik dari Pureen Warehouse Sale, kami terima baby cot untuk our baby. Murah rezeki baby..alhamdulillah. Kami tak perlu la pikir pasai baby cot lagi. Thanks k.ita, dah la bg baby cot, susah-susah pulak hantar ke rumah.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...