Mudahnya dengan MotorTakaful.Com dan MYEG

Monday, August 9, 2010



Aku biasanya hidupkan insurans dan roadtax kereta dengan telefon saja ke bank minta mereka uruskan semuanya. Tau-tau posmen hulur je roadtax baru.

Baru-baru ni aku terbaca promosi tentang motortakaful.com dan teringin nak cuba. Kebetulan jugak dah sampai masa untuk renew roadtax kereta. Yang menarik perhatian aku sebab ada offer discount insurans 10% dan peluang menang iPad kalau guna website ni (bestnya kalau dapat iPad free..hehe).


Motortakaful.com adalah website untuk membuat takaful insurans kenderaan motor Etiqa. Aku register di website tu, penuhkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan buat bayaran. Ada 3 cara untuk membuat bayaran iaitu,
  • Credit Cards (VISA atau MASTERCARD)
  • Maybank2u.com (for Maybank account holders only)
    • per transaction limit of RM5,000
    • available to FPX enabled internet banking customers of the following banks:
      • Public Bank
      • Bank Islam
      • Bumiputra-Commerce Bank
      • Hong Leong Bank

Selepas bayaran dibuat, insurans dah confirm ok, aku terus pula renew roadtax dimana secara automatik aku disambungkan ke MYEG. Proses di MYEG juga hampir sama spt di motortakaful.com. Mudah saja nak diselesaikan. MYEG pun nampaknya ada juga tawarkan discount kalau hidupkan insurans dan roadtax dengan mereka.


Aku selesaikan semua proses renewal insurance dan roadtax tu hampir-hampir jam 12.00 malam. Roadtax tu aku minta dihantar ke rumah akak aku di Kuantan sebab kereta tu sekarang dipakai adik aku di Kuantan. Pagi esoknya, lebih kurang jam 9 pagi aku terima call from runner yg buat roadtax tu inform dia dah ada depan pintu rumah akak aku dengan roadtax baru. Cepat giler :)

Alhamdulillah, makin hari makin mudah untuk kita selesaikan urusan hidup kita. Mungkin bila hidup makin mudah kita pun makin malas bergerak, badan makin debab dan penyakit pun makin mudah hinggap... hehe. Ops!!..tu bukan pointnya kali ni. Tiap sesuatu tu ada pro and cons, terpulanglah pada diri kita sendiri.

Bagi aku, urusan hidup yg lebih mudah menjadikan kita lebih senang hati dan masa yang dijimatkan dapat digunakan untuk gaya hidup yang lebih berkualiti. Untuk perkhidmatan online ni pun, pilihan makin banyak dan macam-macam penjimatan kita boleh dapat. Yang penting buat kajian perkhidmatan mana yg sesuai + tawaran2 terbaik dan tentukan pilihan anda sendiri.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...