Peristiwa Bersejarah Ramadan

Thursday, September 2, 2010

Kita dah berada di minggu terakhir Ramadan tahun ni. Masih bersemangat beribadat atau dah tak sabar-sabar nak raya? hehe...tepuk dada tanya selera.

Aku baru balik dari habiskan long weekend kat kampung wifey. Sungguh seronok dapat berbuka beramai-ramai. Tak banyak aktiviti kat kampung so aku sungguh-sungguh berehat. Sambil tu aku cuba jugak habiskan masa dengan membaca. Buku Peristiwa Bersejarah Ramadan ni aku beli dari penulisnya Ustaz Zamri Zainal Abidin yang dtg ke opis untuk tazkirah ramadan sehari sebelum kita mula berpuasa tempohari.


Harga buku ni RM18 je. Aku bukanlah penggemar sejarah tapi percaya atau tak, bila start baca buku ni mmg susah nak berhenti. Mungkin gaya penulisan yang menarik + kehebatan kisah perjuangan umat Islam dahulu kala menegakkan syiar Islam walaupun dibulan Ramadan menjadikan buku ni cukup mantap.

Mungkin aku agak lewat recommend buku ni sekarang, dah pun masuk hujung Ramadan tapi mungkin jugak tidak. Mana tau bila baca buku ni sekarang mampu jadikan daya juang kita di saat-saat akhir Ramadan ni lebih kuat....InsyaALLAH. Kisah-kisah dalam buku ni pun malar segar, bukan setakat sesuai sebagai bacaan di bulan Ramadan, confirm tak rugi kalau dapatkan.

Sinopsis, ulasan etc berkaitan Buku Peristiwa Bersejarah Ramadan ni boleh didapati di Portal PTS (selain di kedai buku, buku ni boleh dibeli secara online di Portal PTS).

Interlude : Selamat Ulang Tahun ke 64 untuk mak hari ni. Moga terus dikurniakan ALLAH kesihatan yang baik, murah rezeki dan umur yang panjang untuk terus bersama kami. We love you mak.


Sungguh manis, mak actually share birthday dengan arwah ayah cuma dorang lahir pada tahun yg berbeza. Al-Fatihah buat arwah ayah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...