Almost 90%...Maybe

Thursday, August 5, 2010

Sedikit update about 'our future sarang'. Gambar-gambar ni aku ambik Sabtu lepas, kebetulan singgah masa balik dari Giant.

Alhamdulillah, so far so good. Aku nampak tiles dah siap, timber flooring jugak siap, cat belum 100% dan berdasarkan penilaian aku yg taklah tau sgt about pembinaan ni, aku boleh declare rumah kami ni almost 90% complete (suka hati aku je..hehe).




Aku dan wifey nak kata teruja sgt tu tak jugak tapi kami tetap bersyukur dengan progress pembinaan rumah ni. Kami tak dapat masuk ke bahagian dalam sebab berkunci tapi kami boleh la nampak keadaannya melalui tingkap.

Berbanding rumah-rumah lain disana, rumah kami mmg antara yang terkecil. Di depan rumah kami sendiri ada 3 buah bunglow, mak aih...memang besar dan cantik. Kat kiri dan kanan pulak, unit-unit end lot yg jugak lebih besar. Tapi aku taklah rasa terkejut ke haper. Masa nak beli mmg dah tau dah. Aku dapat undian no 2 masa hari pembelian, awal-awal aku aim unit ni lepas mempertimbangkan beberapa perkara.

Sebetulnya, apa sekalipun 'kekurangan' rumah ni, ia tetap cukup bermakna buat aku dan wifey. Dengan cinta (eceh, hehe) kami beli rumah ni sebagai harta pertama kami beberapa bulan lepas kahwin. Tu antara penyebab sentimental valuenya cukup tinggi untuk kami.

Aku dah wifey hampir mencapai kata muktamad nasib rumah kami ni. Sentimental value tu tak bolehlah kami ambil kira dalam keputusan penting macam ni. Cuma, sebelum rumah ni siap sepenuhnya, kami masih ada masa untuk berfikir. Tengoklah camne nanti.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...