TGI Saturday

Saturday, July 3, 2010

Thank god it's SATURDAY!!

Aku bukanlah tunggu sangat weekend tapi sapalah yg tak suka weekend kan...hehe. Weekend ni, selain 2 jemputan wedding reception, aku harap dpt berehat kat rumah dengan tenang.

Start dari kursus kat Putrajaya hari tu...masa terasa bergerak sgt pantas...macam org cakap 'time flies when you're busy'. Time kursus tu, tiap2 hari sampai rumah dh malam. Selesai dinner, solat maghrib baru gerak balik. Alhamdulillah...kursus tu berjalan lancar, seronok dan bermanfaat...aku mmg bagi rating tinggi masa course evaluation. Kursus hari tu baru module 1, lagi 6 bulan kena berkumpul semula untuk 2nd module. Selain kursus yang interaktif, batch yg sporting, bonus point adalah untuk service Marriot Putrajaya yang cemerlang...aku suka :)

Lepas kursus habis hari Khamis, aku masuk opis sekejap hari Jumaat, Sabtu aku bertolak pulak ke Kota Bharu. Plan asal ke Kuala Terengganu kena rombak last minit bila Terengganu menang SUKMA dan dapat cuti Ahad lepas. Lebih 10 tahun tak jejak kaki kat KB, dapat spend 3D2N...not bad. Selain setelkan kerja, shopping, aku dapat jugak lepak dgn Fahmi (kawan sekolah dulu) update perkembangan masing2. Finally, aku berlepas balik ke KL pada Isnin petang dengan beg yang penuh...hasil borongan di Pasar Siti Khadijah...hehe.

Buat masa ni, aku jangkakan weekend yang tenang sedang aku kecapi...buktinya bila aku dapat posting kat blog ni...hehe.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...