3 Idiots

Monday, July 5, 2010

Zaman kegilaan Bollywood rasanya dah lama aku tinggalkan. Masa aku kat universiti dulu, filem Kuch Kuch Hota Hai, Mann, Dil To Pagal Hai, Hello Brother etc tgh meletup-letup. Lepas tu tak ingat dah camne/ kenapa, minat nak melayan filem2 hindi ni surut dengan sendiri. Rasanya pernah ke tahap 'allergic' kalau tengok filem hindi..hehe.

Filem 3 Idiots ni macamana pun sgt menarik perhatian aku. Last month, ABO Tayangan Hebat tayang filem ni. Aku terpaksa mengaku...dari mula2 tertengok masa tukar channel, last2 lebih 5 kali aku layan movie ni. Cerita ni masih tipikal style filem bollywood yg lain...tapi abaikan part2 mengarut yg tak masuk akal, fantasi yang tak sudah2 zaman berzaman....kita layan perkara-perkara unik dalam movie ni.



Pendapat peribadi aku tentang filem ni : Kisah 3 sahabat di kolej kejuruteraan ni sgt kelakar dan menghiburkan. Tapi bukan hiburan kosong, sikit2 part2 yg menjengkelkan tu boleh diabaikan pun. Kalau korang tonton filem ni dan rasa tak dapat apa...at least layan jelah jalan cerita yang tak membosankan + inovasi2 ciptaan baru yang kononnya dicipta oleh student2 ni. Aku dapat tau inovasi ni mmg real di India. Part jiwang, cinta cintun dlm movie ni sgt minimal...tempelan je.

Pada aku, aku sukakan idea/ message yang cukup jelas dlm movie ni which is menuntut ilmu tu bukan semata-mata untuk dapat result cemerlang/ dapat nombor 1 tapi untuk ilmu, then kita tau kita punya forte...kembangkan/ asahkan talent tu. Secara kebetulan pun, kita boleh kaitkan dgn isu cadangan kerajaan skrg ni yg nak revolusikan sistem pendidikan kat Malaysia melalui pemansuhkan exam UPSR, PMR etc tu....mmg filem ni muncul kena pada masanya :)

Jalan cerita movie ni bagi aku menarik, korang patut tonton dan bonus point untuk filem ni pada scenery nya esp time babak akhir yang tersangat cantik. Aku jamin korang tak rugi menonton...i'm seyes weh :)

Rating Aku : 4.5/5 (suka sgt lah ni..tapi takleh full mark sbb ada beberapa perkara aku rasa kureng sket)

4 comments:

DJ said...

cite ni alia suka banget...aku rasa sampai tahap dia dah hafal skrip kot...hehe

Najed said...

ops! sama ada taste aku masih kebudak-budakkan atau alia yg teradvance...hehe

papun, taste kita sama la alia :)

Prihatin said...

3 idiots ni diangkat dari sebuah novel. sama macam citer laskar pelangi. tak cukup layan di boxoffie, kami download ari internet pulak. gelak tak hengat....apa2 pun the best movie after guzaarish...

Najed said...

o ye ke? tak tau pulak dr novel jugak. mmg best, kalau ada je tayang lagi mesti tgk...tak jemu :)

tapi apsai box office makin tak best skrg ni. mcm nak terminate je rasa...huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...