Merantau

Wednesday, May 5, 2010


Sebuah filem aksi dari Indonesia. Perkataan "merantau" sebagaimana kita faham bermaksud pergi/ keluar mengembara dari tempat asal dengan macam2 tujuan...bekerja, belajar, mencari pengalaman baru etc.


Filem Merantau ini kisah tentang Yuda (seorang pesilat) yg merantau dari Minangkabau, Sumatera Barat ke Jakarta untuk mencari pengalaman. Merantau adalah tradisi yg dipegang kuat masyarakat Minangkabau yang mesti dilaksanakan bagi setiap anak lelaki bagi memulakan alam dewasa.


Konflik dlm filem ni bermula bila Yuda berjumpa dengan adik beradik Astri dan Adit. Usaha Yuda yg cuba menyelamatkan Astri dari sindiket human trafficking kemudiannya mengusai keseluruhan jalan cerita ni hingga habis.






Filem ni ditayangkan di Indonesia Ogos tahun lepas, lepas tu ada masuk pawagam M'sia tp aku tak sempat tengok pun. Sebelum masuk pawagam, aku pernah beberapa kali tengok promo filem ni, promosi mmg hebat...mmg terasa la nak tgk filem ni.

Last weekend, aku layan filem ni kat ABO Tayangan Hebat. Secara keseluruhannya, filem ni macam filem2 aksi seni mempertahankan diri yang lain...macam filem Bruce Lee, Jet Li, Jackie Chan. Sebab kita dh biasa tengok filem2 macam ni....keterujaan aku makin surut bila Yuda start jumpa penjahat2nya. Aksi-aksi yg dapat diagak, takde keunikan...macam tengok siaran ulangan. Lepas tu tambah pulak dengan storyline yg nmpk terlalu menjaga jalan cerita...aku sikit bosan. Apapun, bagi aku Indonesia tetap boleh berbangga dengan hasil filem aksi ni yg sebenarnya not bad...takla teruk sgt...boleh dilayan.

Satu perkara dlm filem ni yg jarang aku jumpa dlm filem2 lain ialah endingnya. Sungguh aku tak sangka dgn ending yg dipilih. Berdasarkan scene sewaktu Astri dan Adit berpisah aku sangka endingnya dengan cara lain tp rupanya lain pulak yg berlaku. So, kalau nak tau apa yg berlaku, sama ada korang rasa filem ni ok ke tak...layan la sendiri filem Merantau ni ok. Ciao.

Rating Aku : 3.5/5 (ok la...bukan senang nak buat filem aksi seni mempertahankan diri ni)

2 comments:

DJ said...

belum sempat tengok...alia dok layan papadom...dia nak hafal dialog kot! :-)

Najed said...

haha....carefull, nnti dia hafal ayat scha "i bukan tak leh jawab...i period time tuh" hah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...