Rebung

Sunday, May 9, 2010


Mungkin ramai yang pernah dengar dan sampai ke Restoran Rebung di Bangsar. Bagi yg belum, kali ni aku nak recommend Restoran Rebung ni utk korang cuba. Restoran ni sebuah restoran masakan melayu so kalau rindu masakan kampung mmg patut sgt la dtg ke sini :)

Restoran Rebung ni milik Chef Ismail dan Dr Sheikh Muszaphar. Gabungan seorang celebrity chef dan seorang angkasawan negara rasanya dah cukup menjadikan restoran ni makin dikenali. Walaubagaimanapun, restoran ni bukan saja-saja mendapat tempias populariti pemiliknya, pakejnya mmg lengkap (makanannya yg sedap + servis bagus + lokasi dlm bandar) ...nak apa lagi? Harga makanan disini pun taklah mahal sgt...cukup berpatutan.

Aku n wifey ke restoran ni utk lunch smlm. Tak susah nak cari walaupun bukan terletak di main road...landmarknya Dataran Maybank Bangsar dan LRT Bangsar, cari je kat lorong belakang tu.


Oleh sebab kami smpai awal, masih kenyang breakfast so kami tak ambil buffet, try ala carte je. Ala carte atau buffet menunya sama cuma bila pilih ala carte kami byr apa yg kami ambil je.



Bila aku tengok makanan yg nak dipilih, aku yg mmg pencinta masakan melayu ni terasa sgt excited. Walaupun masih kenyang, bila bukak periuk nasi kerabu...baunya terus buat aku lapar, teringat bau nasi kerabu mak buat masa kecik2 dulu...so menu pilihan aku ialah nasi kerabu + lauk pauk dan wifey ambik nasi campur je. Seriously, walaupun cuma nasi kerabu, aku terasa sgt puashati...makan smpai licin :)



Dari segi dekor, konsep dekorasinya mmg cantik, gabungan suasana moden dan kampung, berwarna warni (cam kenduri kawin pun ada), ada landskap pokok2 sikit...not bad...seronok rasa nak enjoy the food.






Overall, makanan sedap, dekorasi cantik, harga ok...aku n wifey cukup puashati n looking forward utk dtg lagi. Korang pun patut cuba bila berkesempatan ok.

Untuk maklumat lanjut, visit www.rebung.com.my

Interlude : Aku diperkenalkan kepada Chef Ismail oleh Ma'am Hasnah lebih kurang 5, 6 tahun lepas dlm ERL dari KL Sentral ke KLIA dan kami smbung borak lagi malamnya masa jumpa sekali lagi dr KLIA balik ke KL Sentral. Aku biasa tgk Chef Ismail ni dlm tv, majalah etc tp kenal secara in person...chef ni mmg best, humble n kelakar. Time tu chef ada bagi kad dia dan jemput aku ke Restoran Rebung. Bertahun-tahun cadang nak pergi, tak pernah jadi...pagi smlm, kebetulan ada hal kat Bangsar, aku ajak wifey lunch kat sana. Sebelum pergi, kami singgah kat Giant dan tak sangka jumpa chef kat situ. Aku terus confirmkan lunch kami kat Restoran Rebung tanpa fikir panjang lagi dah hehe.


Sebut tentang Ma'am Hasnah...apa khabar agaknya dia? sorry Ma'am tak sempat nak jumpa before dia bersara hari tu. Dulu, rumah kami dekat2, senang je nak terjah/ car pool tp sejak pindah ke BK ni...aku pun dah jarang ke sana. Ma'am Hasnah antara org kat opis yg aku seronok kenal dan bekerja dan keunikkannya akan aku ingat smpai bila2 :)

3 comments:

Anonymous said...

esok kompom sy g ;)

Najed said...

pergi ngan adik misi ke?

note : misi a.k.a nurse :)

Anonymous said...

hehehe..adik misi jauh..nk cari yg dekat la pulak..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...