.....dengan keikhlasan

Thursday, April 22, 2010

Bila aku terima email tentang perkara ni, terus aku forwardkan pada kawan-kawan. Kat sini pun aku nak sebarkan jugak sbb berapa ramailah sgt dlm mailing list aku tu. Buat semua, marilah kita sebar-sebarkan dengan keikhlasan...sesuai dengan tajuk email yg aku terima ni "Sebarkanlah dgn keikhlasan, InsyaALLAH".

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar.
Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari
pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi
berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40
minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak
mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak
saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan
oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah
lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang
doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan
hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat
saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti
saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak
mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak
mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang
lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan
bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka
berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum
boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan
terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur
kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada
paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar
mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak.
Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk
ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan
kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung
semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub,
tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam
kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu
besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah
ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah
menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat
meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya
pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika
permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak
saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya.
Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah
yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan
kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia
terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman
dan ilmu..emailkanlah kepada saya
rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya
sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan
jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha
mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan
Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada
Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw
walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii
yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa
khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a,
wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa
wahuwal ‘aliy-yul azhim.

Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU
nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan
jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa
Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.

Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju.
Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat
saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah
masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan
jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher
dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan
melalui mulut.

Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan
melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana
saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.

Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk
menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas
ujian yang diberikan. Saya redha.

Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari
kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar
seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.

Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang
baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang
tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat
fardu dan solat hajat.

Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha
saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...