Bumper Issue : SAIGON

Sunday, April 11, 2010


Aku, wifey dan beberapa orang ahli keluarga sempat bercuti ke Saigon tengah bulan lepas. Saigon yang kini lebih dikenali sebagai Ho Chi Minh City (HCMC) adalah sebuah bandaraya di Vietnam. Idea ke HCMC ni tiba-tiba je muncul, kami terus confirmkan flight, apply cuti dan 2 hari sebelum bertolak aku booking hotel melalui Agoda.

Nak diikutkan, aku tak berapa berperasaan nak ke Vietnam lagi selepas travel 3D2N kami ke Hanoi tahun lepas kureng menggembirakan. Tapi kami gamble dan decide utk ke HCMC pulak selama 4D3N :P

Alhamdulillah, travel kami kali ni lebih baik dan berjalan lancar. Post kali ni aku nak share pengalaman aku kat sana. Zaman "everybody can fly" ni kan...mana la tau, ada rezeki, korang pulak ke sana pas ni, bole la jadikan sikit panduan :D


Trivia :
  • Orang Vietnam gunakan currency US Dollar (USD) dan Vietnam Dong (VND) tapi obviously dorang tersangat la hepi bila kita nak bayar dlm USD...mudah je semua urusan.
  • Komunikasi agak susah dgn rakyat tempatan sebab depa tak brapa fasih cakap omputih..hehe.
  • Pengangkutan utama ialah motosikal. Terlalu banyak motor, bunyi horn pun sentiasa kedengaran.



Pengangkutan :
  • Penerbangan dari KLIA ke Tan Son Nhat International Airport hanya mengambil masa kurang dua jam...dekat je.
  • Dari airport ke District 1 (area tumpuan org bershopping) vice versa, kami naik teksi dengan charge USD 10 satu teksi (RM 33.50 ikut currency exchange time tu).
  • Teksi kebanyakannya Toyota Vios dan Innova - pilih la mana yg muat dengan jumlah ahli rombongan.
  • Kecuali ke airport, bergerak dlm town kami bayar guna VND sebab meter tunjuk harga VND. Waktu bayar tu pastikan charge yang betul...dorang ni boleh tahan 'putar alam' jugak..tambah-tambah VND ni besar dah kita tak biasa (e.g. USD 1 = VDN 19 100).

Accomodation :
  • Tersangat banyak hotel di HCMC. Terpulang la pada pilihan, objektif dan kemampuan masing-masing. Oleh kerana percutian kami ni percutian bajet, aku pilih Asian Ruby 2 Hotel berdasarkan lokasi, harga dan review di Agoda. Memilih sebuah hotel 2 setengah bintang aku taklah high expectation tapi bila dah duduk memang berbaloi-baloi.
  • Pada hari pertama, atas sebab-sebab tertentu kami ditempatkan dulu di Asian Ruby 3...lepas kami check out esoknya baru kami pindah ke Asian Ruby 2 (gambar kat bawah combination kedua2 hotel).
  • Fasiliti hotel ni cukup memuaskan. Bilik selesa, bersih, ada lcd tv, aircond, lift, internet free kat lobi dan breakfast pun boleh tahan ( cuma tak berani la nak pulun sakan breakfast tu...takut jugak tak halal so agak2 la kan ).


Attraction :
  • Orang pompuan mesti hepi bila dtg ke HCMC ni, banyak tempat shopping.
  • Tempat shopping yang paling menjadi tumpuan di HCMC ialah Ben Thanh Market (BTM). BTM ni di District 1 dan kira-kira 5 minit dari hotel kami. BTM ni dibuka dari pagi sampai pukul 7 malam. Selepas tu bole la sambung shopping kat pasar malam betul-betul kat luar BTM ni yg dibuka dari jam 7 malam hingga 11 malam. Macam-macam ada kat sini tapi harga tu kena la tawar habis-habisan. Antara brg yg menarik pada aku ialah lukisan-lukisan esp yg embroidery, aneka jenis kopi dan teh, helmet comel Vietnam, buah2an dan souveniers. Baju kurung bersulam manik pun ada kat sini. Peniaga-peniaga mudah kenal kita dari M'sia dan mula la pujuk-pujuk kita beli dalam sepatah dua Bahasa Melayu..hehe.

  • Binhtay Market (BTYM). BTYM atau juga dikenali sbg China Town ni terletak di District 5 (lebih kurang 1/2 jam menaiki teksi dari District 1). Kami tak lama kat BTYM ni tapi sempat la jugak beli beberapa brg yg kami tak jumpa di BTM. Kalau nak cari sutera/ kain pasang...kat BTYM ni byk choice dan murah. Pakaian pun boleh ditempah terus disini dan dorang akan hantar bila siap ke hotel kita tinggal dalam tempoh beberapa jam je. Khabarnya, brg2 di BTM tu pun datangnya dari BTYM ni so ada la perbezaan harga sikit.

  • Butik Hong Anh Collection. Butik yang jual baju kurung dan telekung etc. Dalam banyak-banyak butik yang ada disekitarnya, harga kat Butik Hong Anh Collection ni paling murah dan barang-barang yg dijual pun menarik...org pompuan mesti suka :) Ada member yg pernah ke HCMC jumpa rumah org yg buat telekung, so dapat harga lagi murah...ikut rezeki la kan.
  • Di HCMC, selain shopping, bole la try ke salon dan spa. Wifey nampak hepi dapat bersantai di salon.
  • Tour ke Lembah Mekong ramai yang recommend, khabarnya menarik dan dapat menikmati buah2an tempatan. Tapi disebabkan wifey dalam tempoh 'tak digalakkan lasak-lasak' so kami tak pergi pun ke sana. Ada pelancong M'sia yg kami jumpa bagi tips...kalau nak ambik tour, lebih murah ambil dari travel agency yg banyak di HCMC dari booking melalui hotel..kami tak survey pun so tak sure betul ke tidak.
  • Vietnamese Water Puppet Show. Kami tak sempat pergi tapi ramai yg recommend...ada rezeki kalau datang lagi maybe aku akan consider.

Makan :
  • Berbanding Hanoi, lebih mudah mencari makanan halal di HCMC. Restoran halal paling banyak di District 1 yang berhampiran Hotel Sheraton. Biasanya kami ambil teksi ke Sheraton dan kemudian berjalan kaki cari restoran-restoran tu.
  • Jika diconvert ke RM, harga makanan halal di HCMC memang agak mahal berbanding di M'sia tapi sebab lapar, bedal je la...huhuhu. Walaubagaimanapun, makanannya banyak pilihan, sedap dan banyak...mmg kenyang dan berbaloi.
  • Restoran Halal Saigon. 2 kali kami dinner kat sini. Makanan sedap dan banyak...mmg puashati. Lokasi : District 1, satu jalan dengan Sheraton (tak smpai 5 minit berjalan dari Sheraton) dan betul-betul depan masjid.

  • Bon Mua/ Four Season Restaurant. Kami dinner sekali kat sini. Restoran ni jauh sikit dari Sheraton tetap masih di District 1. Aku bagi alamat dan mintak teksi carikan restoran ni. Dekorasi kedai agak buruk tapi makanan sedap. Aku try Nasi Briyani dengan Kari Ikan...sedap sangat..hehe. Alamat : Bon Mua/ Four Season Restaurant, 2 Thi Sach Street, District 1, Ho Chi Minh City, VIETNAM.

  • V.N. Halal Restaurant. Kami lunch 2 kali kat sini. Restoran ni paling dekat dengan hotel kami (dlm 5 minit berjalan dari Asian Ruby 2). Masakan Orang Champa ni sedap, aku try Nasi Goreng, Chicken Rice Claypot dan Tom Yam.

  • Kami jumpa beberapa lagi restoran halal di District 1 tapi tak try pun sebab kami prefer nasi/ masakan melayu. Antaranya Bombay Restaurant (kedai mamak betul-betul depan Sheraton), Sulayman Restaurant dan Tandoor Restaurant (masakan arab/ india)...terpulang la pada selera masing-masing.

Lain-lain :

  • Macam di Indonesia, di Vietnam juga terdapat ramai pengemis yg menumpukan perhatian kpd pelancong asing....kesian jugak tengok dorang-dorang ni tapi nak bersedekah pun berhati-hati la.

  • Tengah berjalan-jalan tu aku terpandang SOGO di Vietnam...hehe. Aku suka jugak ke Sogo KL, mujur SOGO KL tak sebesar ni je :D


1 comments:

DJ said...

sakit jantung tgk baju2 yg bergantungan tu! ;-)

bilalah airasia nak buat sale lagi eh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...