Tragedi Kepok Lekor

Wednesday, February 3, 2010


Aku dilayangkan MC 2 hari. Semuanya gara-gara tragedi keropok lekor Isnin lepas. Aku tgh syok cuti Hari Wilayah time tu, wifey kerja sebab opis dia di Selangor.

Lepas setelkan kerja-kerja yang patut, aku baru nak start layan movie, teringin pulak nak mengunyah keropok sambil layan movie. Keropok yang aku goreng dah ready nak diangkat bila tiba2 keropok tu meletup dan minyak panas terkena muka aku. Aku terus nak tutup api dapur dan alihkan sudip plastik yang aku pakai takut terbakar pulak, tiba-tiba keropok tu meletup lagi....kali ni meletup macam mercun time raya cina...minyak panas tu kena tangan aku pulak. Dalam pada terkejut dan sakit tu, aku terus lari ke bilik mandi, siram badan guna shower. Lepas tu, aku cari losyen apa yang ada dan sapu. Fuh! punya la pedih...berdenyut-denyut.

Secara keseluruhannya, percikan minyak kat muka tu tak la teruk sangat...ada kesan2 hitam kat dahi dan kening sikit (mujur time tu aku pakai cermin mata) tapi tangan kanan aku melecur banyak sampai hampir ke bahu. So far, sakit tu dah tak terasa sangat cuma masih rasa kurang selesa bila tangan ada banyak gelembung-gelumbung.


2 hari MC ni pun tak sama macam cuti biasa, tak syok pun...nak buat apa2, nak memegang terasa tak best...takut pun ye jugak kalau gelembung-gelembung tu pecah...nanti jd luka, lagi lambat baik..huhu. Sekarang ni aku nak menulis pun tak berapa betul sbb tangan tak boleh pegang pen sgt...mujur menaip boleh...tp aku rs tak sabar nak start kerja esok...bosan pulak dok umh lama2 hehe....lain la kalau sihat kan.

Wifey tanya aku jugak, lepas ni nak goreng keropok lagi ke? mula-mula kena hari tu mmg rasa nak buang je semua keropok lekor tu tapi last2 aku simpan balik dalam fridge. Aku mmg pengemar keropok, stok keropok lekor/ keping mesti sentiasa ada kat rumah....sos pun mesti sos keropok import from Kuantan/ Terengganu hehe....tapi nampaknya aku mungkin tak goreng keropok lekor dah la kot lepas ni, kena layan keropok keping jela :-(

Ni aku nak share sikit tips andainya korang menghadapi situasi yang aku alami hari Isnin hari tu. Aku copy n paste from www.myhealth.gov.my. Cuma tips ni lebih kepada kalau melecur kanak2. Kita orang tua pandai2 la modified :D

Pengenalan

Melecur merupakan kecederaan biasa yang mudah di cegah. Melecur mudah berlaku akibat kecuaian. Kecederaaan akibat melecur biasanya berlaku ke atas kanak-kanak kerana sifat ingin tahu dan gerakan motor yang belum matang.

Sebab-sebab biasa melecur boleh berlaku ialah:

  • Lepuhan akibat daripada air panas atau cecair masakan.
  • Objek panas seperti sterika, dapur.
  • Haba daripada minyak masak yang terlampau panas, percikan api.
  • Kebakaran bahan kima yang menghakis.
  • Kebakaran elektrik seperti bermain dengan plug elektrik,sambungan wayar dan soket yang terdedah.
  • Terdedah terlalu lama kepada pancaran cahaya matahari.


Tanda dan gejala

Melecur terbahagi kepada :

  • Permukaan Kulit
    • Ia hanya melibatkan permukaan kulit sahaja. Kulit menjadi merah dan sakit, tetapi tiada gelembung.
  • Kulit Dalam
    • Ia melibatkan lapisan luar kulit. Selain kulit menjadi merah, panas atau sakit, kulit juga melepuh.
  • Keseluruhan Kulit
    • Ia melibatkan semua lapisan kulit termasuk tisu dalaman kulit. Kulit kelihatan pucat, keras dan menggelupas. Ia tidak menyakitkan dan mungkin terdapat kerosakan pada salur saraf.


Komplikasi

Komplikasi yang serius boleh berlaku sekiranya sebahagian besar permukaan kulit melecur dan melibatkan bahagian dalaman kulit :

  • Jangkitan - demam, bernanah, sakit yang teruk dan kulit menggelembung.
  • Komplikasi jangka panjang ialah terjadinya parut.


Rawatan

Jika sebahagian kulit sahaja yang melecur(kurang daripada saiz tapak tangan), ia boleh dirawat di rumah.

  • Lucutkan pakaian yang ketat dan barang hiasan dengan berhati-hati.
  • Siram kawasan yang melecur di bawah aliran air selama lebih kurang 30 minit.
  • Sapukan krim atau losyen yang sesuai.
  • Jangan sesekali menggunakan minyak gris, mentega, minyak rambut atau ubat gigi yang mana ianya boleh menyebabkan jangkitan.
  • Minum ubat paracetamol (sirap) untuk mengurangkan kesakitan.
  • Jangan pecahkan gelembung. Sekiranya ia pecah, biarkan sahaja.
  • Anda perlukan imunisasi untuk menghalang tetanus. Dapatkan khidmat doktor.

Rawatan lanjutan perlu diambil sekiranya :

  • Keseluruhan kulit terbakar.
  • Kulit yang melecur melebihi saiz tapak tangan mangsa.
  • Jika ia melibatkan bahagian mulut, tekak, mata, telinga, muka atau kawasan kelamin.
  • Melecur disebabkan bahan-bahan kimia.
  • Melecur akibat renjatan elektrik.
  • Terjadi kepada kanak-kanak yang mempunyai alahan.
Ikut arahan bagi tahap melecur dan melepuh yang dialami. Balut kawasan yang melecur dan melepuh dengan kain yang bersih atau pembalut. Anak anda memerlukan suntikan tetanus sekiranya belum pernah mendapatkan suntikan tersebut sebelum ini atau suntikan terakhir yang diterima adalah lebih daripada 5 tahun.


Pencegahan

  • Jauhkan kanak-kanak daripada dapur yang panas, air panas dan barang-barang elektrik.
  • Jangan biarkan kanak-kanak dalam 'baby walker' di kawasan dapur.
  • Jangan mendukung anak kecil ketika memasak.
  • Jangan membawa masakan panas ketika anak-anak berada berhampiran.
  • Jauhkan mancis, pemetik api dan rokok daripada kanak-kanak.
  • Jangan biarkan anak-anak bermain dengan barangan elektrik di rumah.
  • Jangan biarkan wayar barangan elektrik berjuntai dan simpan sterika panas di tempat yang selamat.
  • Jangan gunakan alas meja kerana kanak-kanak kecil boleh menariknya jatuh.


Pemulihan

  • Rawatan urutan kanak-kanak dan rawatan terapi bergantung pada tahap kecederaan.
  • Sesetengan kecederaan memerlukan rawatan seperti pembedahan plastik.

3 comments:

DJ said...

ciannnn...lain kali beli yg dah siap goreng jelah, bukan nak makan banyak mana sgt pun...

...esok nego, jgn tak datang eh! :-)

Najed said...

huhu...nmpknya camtu la :(
dok umh ni pun dapur clean je...cam seriau nak bukak api.

insyaallah...cuti pun rs x best sbb ada keje x setel.

ZERO VENDETTA said...

issh issh issh kesian kesian..dugaan tu ;) urm tp rasanya kalau tgk live lg teruk kot!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...