Transporter

Wednesday, January 20, 2010

Start ahad lepas, 3 malam berturut-turut aku layan marathon dvd transporter (The Transporter, Transporter 2 dan Transporter 3). Aku pernah dengar pasai filem ni dulu tp tak ingat bila. Balik Sitiawan last month, pergi shopping terjumpa dvd movie ni...aku terus beli tiga-tiga movie sekali.

Trilogy Transporter ni filem Perancis tentang Frank Martin (lakonan Jason Statham) seorang 'pengangkut' yang sgt komited dgn tugasan dia selain sgt berdisiplin. Adegan2 disiplin si Frank ni buat aku tersenyum sendiri. Dalam setiap filem, cabaran Frank adalah macamana nak lindungi 'bungkusan' yang ditugaskan untuk dia hantar dgn selamat. 'Bungkusan-bungkusan' tu nak dijadikan cerita semestinya manusia iaitu difilem pertama adalah seorang gadis (lakonan Shu Qi), filem ke-2 seorang budak lelaki dan dalam filem ke-3 juga seorang gadis.

Secara keseluruhannya, filem aksi ni sgt menghiburkan. Aksi tangkas Jason Statham sebagai Frank Martin cukup menarik untuk ditonton. Ketiga-tiga filem mempunyai jalan cerita yang diolah dengan baik walaupun kesudahannya dapat dijangka. Punca-punca macamana konflik tu wujud esp dlm filem ke-2 dan ke-3 aku tak terfikir boleh dikaitkan dgn seorang transporter...good idea. Dari segi penggunaan teknologi dan kereta aku rasa filem ni James Bond versi Perancis. Most of the scene aku suka...cinematographynya cantik. Paling aku teruja tengok kereta Audi A8 6.0 W12 yang digunakan semasa Transporter 2 dan Transporter 3....cool !!!

Apapun, antara 3 filem, aku lebih gemarkan filem pertama (The Transporter) yang nampak lebih natural, effortless berbanding 2 filem terkemudian yang sudah semakin ketara CGInya. Filem Transporter 3 bagi aku walaupun masih menarik tetapi sudah sedikit meleret dengan adegan percintaan yang sengaja dipanjangkan selain aksi yang makin nampak 'terlalu' dirancang. Aku tak pasti pula sama ada transporter akan disambung lagi atau tidak...cuma filem ini boleh ditonton jika kamu minat filem aksi. Layan jelah.


The Transporter (2002)
rating aku - 4/5


Transporter 2 (2005)
rating aku - 3.5/5


Transporter 3 (2008)
rating aku - 3/5




2 comments:

DJ said...

nak pinjam bole...hehe! :-)

Najed said...

of course :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...