

Filem adaptasi Novel Laskar Pelangi tulisan Andrea Hirata ni mengisahkan perjuangan 10 murid dan 2 guru untuk mendapat/ memberi pendidikan di Pulau Belitong pada tahun 1970-an. Perjuangan ini lebih istimewa bila secara tidak langsung usaha mempertahankan Sekolah Dasar Muhammadiyah, satu-satunya sekolah agama yg masih tinggal di pulau tersebut. Aku suka dengan konsep yg ditekankan beberapa kali dlm filem ni bahawa sekolah tersebut mementingkan pembinaan insan....kejayaannya tak dapat diukur dengan angka atau statistik.

Dengan cinematography terbaik, dalam Laskar Pelangi, Pulau Belitong kelihatan sgt menarik dengan pemandangan2nya indah. Aku kurang pasti kedudukan sebenar Pulau Belitong di Indonesia....tp dlm filem ni bahasa yg digunakan boleh difahami walaupun kita tak refer kpd sarikata. Komen wifey, bahasanya ala2 Banjar + Jawa.

Terlalu byk adegan menarik jika aku nak pilih dlm filem ni. Tapi antara adegan favourite aku bila anak2 ni nyanyi lagu Seroja....aku mesti senyum sendiri. Filem yg baik hadir dgn skrip yg baik...tp skrip paling fav aku masa scene last, ayat Lintang kpd anak dia " kejarlah pelangimu hingga hujung dunia....jangan pernah menyerah ". Kalau berpeluang, tontonlah Laskar Pelangi. Rating aku : Patut layan (4.5/ 5)
Nidji – Laskar Pelangi
mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya
laskar pelangi takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warna bintang di jiwa
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia selamanya
cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita
laskar pelangi takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi
laskar pelangi takkan terikat waktu.
2 comments:
dvd ke?
mana dpt?
as per our conversation. ABO Tayangan Hebat Jan 2010 Channel 952 :D
Post a Comment