Mee Udang Sungai Nibong

Wednesday, January 6, 2010

Dah lama aku tak story pasai makan2. Kali ni aku nak share satu tempat makan fav aku n wifey tiap kali kami on the way balik Sitiawan. Tempat ni best dgn Mee Udang, kiranya antara tempat terbaik bagi aku kalau nak pekena Mee Udang selepas Mee Udang Sungai Dua kat Penang. Almaklum sajalah, nak ke Penang tu setahun sekali pun belum tentu so dapat Mee Udang Sungai Nibong ni pun dah cukup bagus :D

Kami mula tau tempat ni bila kawan makcik wifey belanja kami makan kat sini. Sejak tu, kalau keadaan mengizinkan, tiap kali lalu kat sini kami confirm singgah. Tempat ni betul2 tepi laut tapi takde pantai sbb keadaan mukabuminya kot. Depan kedai Mee Udang ni ada jeti nelayan naikkan hasil laut so kami assume Mee Udang ni best sebab udang dia fresh2 from that jeti la..hehe. Kami selalunya makan Mee Udang Special ( + telur), minum Laicikang dan Jelly Kelapa as dessert....menu standard. Fuh! rasa lapor pulak :P

Oh ye, kalau korang lalu jalan lama (x ikut highway la maksudnya) from Kuala Selangor ke Teluk Intan, lalu Sekinchan try la pekena Mee Udang Sungai Nibong ni. Insyaallah puashati. Directionnya mudah je...dari main road, kat belah kiri, bila nampak tembok batu tulis angka 23 ni (menunjukkan Kg Batu 23, Sg Nibong, Sekinchan, Sgor), bagi signal, masuk kiri. Tak jauh dah pas tu, tak silap dalam 1KM je lagi.

Lepas masuk kiri tu, terus jalan smpai jumpa tembok batu signboard dibawah...korang ditempat yg betul, korang boleh nampak deretan kedai makan, cari la kedai makan paling kiri, dengan kerusi merahnya, boleh parking betul2 depan kedai....so far tu la kedai yg aku dah cuba, kedai lain tak tau la pulak. Oklah, selamat menjamu selera.

2 comments:

DJ said...

tak tau pun kewujudan kedai mee udang ni w'pun everytime balik kg lalu jln ni...kena try ni! :-)

Najed said...

of course!! :D

try la mana tau sesuai dgn selera kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...