Welcome 2010

Thursday, December 31, 2009



Selamat Tinggal 2009, Selamat Datang 2010.

Azam baru, langkah baru mengiringi pemergian 2009 dan menjadikan 2010 satu permulaan untuk menjadikan impian menjadi kenyataan serta menjejaki titik-titik perubahan pastinya. Tanamkan semangat kejayaan dalam diri bagi memotivasikan semangat perjuangan untuk meneruskan kehidupan dalam era globalisasi yang amat mencabar ini. Serlahkan kejituan dan keupayaan untuk meraih hasil dari titik peluh dan kepayahan yang pernah kita lalui sepanjang Tahun 2009.


Percikkan pada diri inspirasi-inspirasi kejayaan yang pernah diraih supaya dapat membantu kita menjalankan tanggungjawab dengan saksama dan amanah. Lupakan setiap derita, kekecewaan dan persengketaan yang pernah kita tempuhi demi mambangun jati diri yang lebih kuat dan bersemangat. Setiap peristiwa pahit haruslah dijadikan ikhtibar dan bina dari pengalaman lalu aura untuk kita fokus kepada kehidupan yang lebih cemerlang.


Biar tiada siapa yang melihat. Biar tiada siapa yang menghargai setiap titik usaha kita, namun kita harus percaya bahawa setiap kebaikan pasti ada GANJARAN. Mulakan langkah perjuangan untuk Tahun 2010 dengan hati yang ikhlas. Ingatlah, bahawa setiap perkara yang kita lakukan adalah Ibadah.


Ayuh! Fokuskan diri kepada perubahan POSITIF dan bulatkan semangat untuk terus berusaha dan berjaya! ingatlah bahawawa Kita adalah manusia HEBAT!


Selamat Tahun Baru 2010.


Aku baru terima email ni from Lina Aziz aka Cliey. Thanks Cliey. Menarik juga email ni...so aku post kat sini supaya dpt sama-sama kita kongsi...sempena tahun baru yg bakal menjelang tiba esok. Mari kita bersama hayati mesejnya :D

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...