1431H

Friday, December 18, 2009


Selamat tahun baru hijrah buat semua muslimin dan muslimat.

Pagi Jumaat yang cerah....alhamdulillah, kita menyambut tahun baru hari ni. Rasanya tak lengkap tahun baru tanpa sekurang-kurangnya sedikit azam. Sejak beberapa minggu lepas, atas dasar muhasabah diri, aku cuba-cuba juga berazam utk beberapa perkara. Actually listnya agak panjang, tapi kalau dirumuskan hanyalah menjurus kpd perkara biasa spt nak baiki personaliti, hubungan dgn Allah dan orang lain, kerjaya dan hal ehwal keluarga.

Perkara-perkara ni, bukan aku saja tapi semua org pun sentiasa mengharapkan yg terbaik so rasanya azam2 aku tu takdelah apa2 yg istimewa. Apa yg penting, aku cuba fikirkan jugak macamana nak laksanakannya. Hmm...bab perlaksanaannya ni yg agak berat nampaknya, nama pun manusia...mudah lupa, alpa etc...aku manusia biasa. Macamanapun, bagi aku biar kita gagal mencuba dari tak cuba langsung. Bila dah cuba selebihnya kita doa dan tawakal sajalah..hanya Allah tau apa yg terbaik buat kita, apa yg kita nak, kadang-kadang tu bukan semuanya baik untuk kita pun.

Oh ye, bila sebut tentang tahun baru Hijrah, selepas Asar hari terakhir tahun tersebut (contohnya ptg semalam la) dah menjadi amalan kita membaca doa akhir tahun dan kemudiannya doa awal tahun. Aku terima beberapa email berkaitan amalan doa awal + akhir tahun ni. Apa yg aku nak kongsi, dlm salah satu email tu, ada komen berkaitan amalan tersebut. Secara ringkasnya, amalan tersebut menurut email itu bukanlah dari Rasulullah S.A.W, so kita takleh taksub sgt. Walaubagaimanapun, amalan berdoa ni tak salah, benda baik pun katanya....cuma janganlah hanya dibuat bersungguh-sungguh masa awal tahun dan akhir tahun shj....kenalah konsisten sentiasa....takut ada yg ambik mudah pulak, berdoa, beramal ibadat gila2 masa masuk new year...pastu sepanjang tahun laro'. Aku sekadar berkongsi...mungkin kalian ada maklumat/ pendapat lain...sila tinggalkan komen.

1 comments:

ZERO VENDETTA said...

tahun baru azam baru,biasalah kita sebagai manusia selalu lalai dan alpa.

tak susah,cuma bila tersedar cepat2 kita ubah.bila kita diluar sedar harap ada seseorang untuk menyedarkan kita dari lena.

yang paling penting,hati kita tetap pada Allah!

semoga kebahagiaan menjadi milik kita dunia akhirat.amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...