PD 'Close' House 2009

Saturday, October 17, 2009

Syawal 1430H dah hampir ke penghujungnya, jemputan open hse makin banyak aku terima...alhamdulillah, itu rezeki namanya. Aku ucapkan terima kasih byk2 pada semua yg sudi menjemput, cuma maaf, mana yg tak dpt dipenuhi harap2 tak berkecil hati....jgn lupa lain kali jemputlah lagi :D

Kat opis, open hse dept, kami buat secara ala kadar khamis lepas (26 syawal). Nak kata open hse pun, kami tak lah buat terlalu 'terbuka', jemputan kebanyakannya ex-staff dept, staff dept2 yg paling byk bekerja dgn kami dan beberapa jemputan lain. Almaklumlah, kami just ada 11 staff, bajet pun ciput so kami buat apa yg termampu. Apapun, syukur, semuanya berjalan lancar dan tetap meriah.

Menu utama yang kami tempah ialah nasi beriani, ayam masak merah, daging hitam (x sure nama), acar dan dalca. Lain2 menu kami 'portluck'kan ikut kemampuan masing2 dan kesesuaian. Hasil porluck tu, menu utama td ditambah dengan bee hoon s'pore (ayu), yong tau fu (zai, nani & azula), fruit cake (boss), kuih2 raya (suhaimi), kuah durian + roti + nasi himpit (kak laila), kekacang (shahril), buah-buahan (epul), raising bread (ila), cola + kopi radix (kak zaba) dan aku sendiri beli sup alam syah.

Semua makanan sangat sedap dan menyelerakan, tapi yong tau fu tak siap boleh dinafikan paling hangat di pasaran..heheh...tahniahla utk tokei yong tau fu (zai, azula & nani). Kalau last year, nasi dagang kami org kata special tp yong tau fu tahun ni ramai yg kata lain dari yg lain. Aku sendiri mmg happy tumpang sibuk tlg celur yong tau fu tu ....and as usual, bila kita jadi tuan rumah, kita tak tau pun apa yg nak dimakan, tak lalu dah...apa yg penting, aku happy and hope semua org happy sama.

Oh ye, tak lupa thanks pd lan, kak ita yg sudi dtg dr jauh. Thanks jugak kak ita for the cheese cake secret recipe yg sedap tu. Jumpa lagi okeh.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...