Amcorp Mall Flea Market

Tuesday, October 13, 2009

Pernah dengar tentang Flea Market? Definisi Flea Market mengikut Wikipedia secara ringkasnya ialah " a type of bazaar where inexpensive or secondhand goods are sold or bartered. It may be indoors or outdoors. The flea market vendors may renting a table to sell...."

Last weekend, balik dr wedding Johan dan Farah, aku dan wifey singgah ke Amcorp Mall. Amcorp Mall ni kalau ada yg tak tau terletak kat Petaling Jaya. Kalau nak pergi ke situ naik Putra LRT, mall ni betul2 depan Stesen Taman Jaya.

Setiap Sabtu & Ahad, di Amcorp Mall ada Flea Market. Macam-macam ada dijual...gerai2nya bermula dr lobi entrance hinggalah ke setiap tingkat. Kalau korang tak kisah dgn barang2 murah/ secondhand, mesti korang akan tertarik untuk membelek-belek kalaupun tidak membeli.

Apa yg aku nampak, selain barang2 antik spt piring hitam, perhiasan yg memang susah nak jumpa, buku2, pakaian dan kasut jugak cantik2, kualiti boleh tahan (faham2 je la kalau dh murah) banyak dijual. Apa yang penting, kalau ada barang yg berkenan, jgn lupa bawak bersabar, ronda dulu puas2...mungkin korang akan jumpa barang yg sama tp harga yg berbeza....macam kata org "biar kalah membeli, menang memakai"....tak gitu :-)

Untuk aku dan wifey, dari plan nak cuci mata je, kami beli jugak beberapa buku dan majalah terpakai dgn harga yg sgt berbaloi. Sebelum balik, kami sempat lagi borong sandal Crocs (reject katanya) yg kami rasa paling murah kami pernah jumpa dibandingkan dengan kat Jalan TAR atau dlm internet. Oklah tu, aku pun tak tau bila nak pakai sandal tu tp sebab dia cantik dan murah...layan je :D

4 comments:

ZERO VENDETTA said...

waa menarik je bunyinya,mesti pg ni!

Najed said...

dekat je...g lah

Anonymous said...

hai...if u don't mind..bole tak bgtau harga crocs malindi yg ur wife beli tu...and byk tak stock kat situ..and kat which stall ye u beli? tq..syara

Najed said...

syara...thanks for visiting.

sorry..late reply.

ok, my wife punya crocc tu harga rm24. dia tambah accessories love tu rm8 sepasang so total rm32.

design dia byk so rsnya stock tiap2 design tu sikit je. stall ni kat tingkat atas...tak ingat which floor. kat entrance tu ada gak crocs tp harga mahal sikit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...