Masjid Besi atau nama rasminya Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ni terletak kat Presint 3, Putrajaya. Senang je nak cari masjid ni sebab masih terletak di kawasan kompleks pejabat-pejabat kerajaan dan tak jauh dari Masjid Putra. Dari Masjid Putra kita dah boleh nampak Masjid Besi ni (vice versa) cuma jangan keliru sbb Masjid Besi ni tak nampak macam tipikal masjid yg selalu kita tengok....aku sendiri rasa bangunan dia agak nampak macam kompleks pejabat je.
Masuk masjid ni, interiornya mmg lain dari yg lain....tak terasa macam kita tgh berada kat masjid. Harapan aku yg mula2 nak cari solat, rehat, iktikaf sikit (macam biasa bila kita masuk masjid)...tp perasaan tu bertukar jd excited nak explore tentang masjid ni pulak. Lepas ambik wuduk, aku naik ke dewan solat...terperanjat, sgt open space...sgt luas...huhu. Tang carpet dia, aku kurang berkenan sikit...macam lama je padahal masjid ni baru hampir 2 bln digunakan.
Berdiri ke arah kiblat, pandangan merentasi tasik tu ialah jalan raya yg kita boleh nampak kenderaan2 yg tgh bergerak....pemandangan ni bg aku, aku kurang selesa (mungkin kalau berada di masjid ni pd waktu malam...lain kot ). Keadaan yg open space nilah mungkin menyebabkan masjid ni takde kipas atau aircond tp tetap nyaman. Lain2 ciri masjid ni rasanya banyak blog/ newspaper dah tulis, so aku tak nak lagi explain secara teknikal, aku cuma nak share pengalaman peribadi aku kat masjid ni secara ringkas jelah.
Melihat keadaan sekeliling, kita dapat agak kenapa masjid ni dipanggil Masjid Besi, tgk kubah kat atas ni pun mmg dah besi, sebesi-besinya... hehe. Bila kita pandang ke kanan (dari arah kiblat), kita boleh nampak pemandangan tasik terus ke presint 1 dan 2. Yang menariknya, air dari kolam dilantai masjid ni macam mengalir terus ke dalam tasik menyebabkan kita terasa macam masjid ni bercantum dengan tasik. Aku sendiri, asyik berjalan...hampir2 tak sedar kaki dah nak masuk ke dalam kolam tu...menarik kan?
guna camera hp je...kualiti faham2 jela.
Aku tak sempat lama kat masjid ni. Elok je selesai solat asar, schoolmate (marhaidi) called ajak datang ke rumah dia kat presint 11. Lepak kat rumah marhaidi smpai maghrib, then aku gerak ke Masjid Putra semula utk jemput wifey. Alang2 dah Isyak, aku plan nak joint jemaah kat Masjid Putra. Tapi tulah, bila masjid besar sgt, aku sudah je ambik wuduk, jemaah pun bagi salam....kalau rushing2 kang, mengah pulak nak solat kan.
Dari Masjid Putra, aku nampak cahaya Masjid Besi memancar terang benderang....mmg cantik. Apapun, perasaannya berada di Masjid Putra dan Masjid Besi sgt berbeza. Di Masjid Putra, designnya yg tipikal masjid tu buat perasaan aku jadi lebih indah [erkkk...ini perasaan peribadi, kat mana pun kita, solat tu perlu dilakukan sebaiknya kan :) ] Dimasa depan, kalau datang ke Putrajaya lagi aku plan nak solat lagi di Masjid Besi dan explore lagi keunikkannya yg aku tak sempat 'gali'....Insyaallah.
Dari Masjid Putra, aku nampak cahaya Masjid Besi memancar terang benderang....mmg cantik. Apapun, perasaannya berada di Masjid Putra dan Masjid Besi sgt berbeza. Di Masjid Putra, designnya yg tipikal masjid tu buat perasaan aku jadi lebih indah [erkkk...ini perasaan peribadi, kat mana pun kita, solat tu perlu dilakukan sebaiknya kan :) ] Dimasa depan, kalau datang ke Putrajaya lagi aku plan nak solat lagi di Masjid Besi dan explore lagi keunikkannya yg aku tak sempat 'gali'....Insyaallah.
last pic ni ambik from blog org (maaf).
camera hp aku tak ok ambik gambar malam2 ni
2 comments:
tak penah lagi sampai ke mesjid besi ni, tapi tang yg lantai mcm air tu yg menarik tu...teringat cerita ustaz wan syohor pasal istana nabi sulaiman...
kena pegi satu hari nnti...
dekat je...tak sampai sejam dah sampai. gambar lagi cantik nanti dgn D90 :D
haah la...tiba2 aku terbayangkan cerita tu jugak.
Post a Comment