Kuala Gandah

Friday, October 2, 2009

Kuala Gandah Elephant Santuary di Lancang, Pahang ni dah lama wujud, sejak tahun 1989 kalau tak silap. Mungkin kurang promosi jadi ramai yg tak tau. Aku pun start tau from Azula yg tanya pernah tak sampai kat sana. Sejak tu, aku bercadang nak pergi tp tak pernah jadi. Finally, cuti raya last week, bila mak ajak balik Temerloh, kami singgah la kat Kuala Gandah ni.

Perjalanan ke Kuala Gandah ni mudah je sebenarnya, bukan la kat ceruk sgt. From LPT, exit Lancang, jalan straight je ikut signboard dah sampai. Jalan dia maybe kecik sikit la bila dah nak sampai kat tempat gajah tu tp kira ok la sbb nak tgk gajah, takkan harap jalan cam nak g KLCC pulak tak? :P

Masuk ke tempat gajah n semua aktiviti2nya FOC, siap boleh berkelah n mandi sungai lagi (kalau korang teringin la nak mandi sungai yg bagi aku x masuk dlm list tmpt aku teringin mandi). Kami sampai lewat petang jugak jadi aktiviti2 mandikan gajah, tunggang gajah etc dah abis. Kami cuma dpt tgk gajahnya je tgh makan. Kalau korang nak buat aktiviti2 gajah tu silalah dtg awai ye, last aktiviti start dlm pukul 2 lebih and terhad pd sejumlah peserta je. Tempat ni dah ok cuma kalau in the future, pengunjung makin ramai, fasiliti kena dipertingkatkan. Nampak juga ada bangunan baru tgh dibina tp aku pun tak pasti utk apa, mungkin fasiliti tambahan kot.

Lepas kami tgk gajah2 tu, kami singgah kat Deerland. Deerland ni kena drive sikit dari tempat gajah td. Deerland ni rasanya tmpt private, so kena bayar tiket dlm RM5 dewasa, RM3 kanak-kanak (harga ni harga promosi, promosi sampai bila tah le). Kat Deerland ni haiwan dia limited tp bg aku ok...berbaloi dgn harga tiket. Tarikan kat sini, dh namanya Deerland, mestilah rusa2 yg sgt jinak, kita boleh bg makan rusa2 ni dgn makanan yg disediakan. Ada jugak kat sini seekor beruang yg pandai buat show (berlari, berdiri) and tikus eropah yg mula2 kami sangkakan landak sebab bulu dia macam duri landak. Selain tu, ada la burung2, kuching2, kancil, ular (ular ni boleh dipegang) etc.

Kalau ada masa, esp yg ada anak2 yg sedang membesar tu cubalah lawat Kuala Gandah ni. Bagi aku, tempat ni ok and meet apa yg aku expect...kiranya cukup sbb kita bukan melawat zoo negara ok. For that, rating aku bagi 3/5.

3 comments:

Diyang Jula said...

mcm best sangat! cuti skolah ni harus pegi bawak alia ni...sure dia suka :-)

zerovendetta said...

urm syoknya tmpt ni,dh mcm zoo tp tak shebat zoo sbb kita bole touch that haiwan.serius kalau ada kelapangan bole la pg.tp entah bila?

sya suka pg tempat2 mcm ni utk tngok,tp utk sentuh sya tak ada keberanian lg.kucing pun sya takut aplg gajah/rusa.heh

najed said...

dj : kalau takde tmpt nak g ok je kat sini...tp simple je tmptnya.

zv : org kg ni pun br smpai lepas sekian lama plan. last2 takyah plan beria...redah je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...