The Scam

Saturday, October 3, 2009

Dalam 13 movies ABO tayang bulan lepas (Sept 09), ada beberapa je yg aku rs betul2 berbaloi ditonton.

1. The Scam (Korea)

Filem jenayah financial market ni jadi pilihan utama aku mungkin sbb background + minat aku tentang investment. Apapun, filem ni mmg tak bosan langsung, idea yg segar....aku rasa mcm belum pernah jumpa filem camni sblm ni. Rating aku : 3.5 / 5


2. Naak - Deep In The Jungle (Thai)

Filem Thai ni jalan ceritanya macam pernah kita tonton dlm filem2 barat tp aku salute Thai bole buat filem science fiction camni dgn hasil yg boleh dibanggakan. Kisahnya berkaitan makhluk asing yg ada kaitan dgn mitos org Thai berkaitan ular/ naga, makhluk tu dicari pihak Amerika utk dibuat kajian. Hero cuba selamatkan heroin yg sebenarnya jelmaan ular yg diburu oleh Amerika tu...then dorang jatuh cinta tp tetap tak dpt bersama. Aku hampir2 tak perasan movie ni sbb byk sgt movies this month. 1 day aku tertgk 'the making' filem ni n rasa filem ni perlu ditonton. Rating aku : 3.0 / 5 (untuk cinematography yg cantik, lakonan yg ok, cgi yg not bad).

3. 4bia (Thai)

Filem seram Thai ni aku layan sikit2, beberapa kali br habis sbb agak ganas + seram. Filem ni ada 4 cerita dlm 1 filem, formula yg makin biasa kita jumpa dlm filem luar mahupun filem Malaysia sendiri. Yg penting , 4bia ni filem seram yg tak merapu sgt jln cerita dia. Beberapa adegan tak masuk akal yg boleh dipersoalkan kewajarannya tu setakat sikit kira ok la. Rating aku : 2.5 / 5 (lulus la).

4. Talentime (Malaysia)

Filem terakhir arwah Yasmin Ahmad yg tayang kat pawagam ni mmg antara movie yg aku excited nak tgk tp tak sempat pergi tgk. Aku happy bila ABO tayang, malangnya keterujaan aku tak smpai ke akhirnya. At the end aku rasa ada 'sesuatu yg hilang' walaupun terhibur. Atas dasar hormat pada org yg dah tiada, aku tak nak komen panjang-panjang. Rating aku : 2.5 / 5 (lulus la utk tema kekeluargaan dan jenaka2 'sweet' yg buat aku senyum sendiri).

5. Brainscan (Malaysia) & Sumpah Pocong (Indon). Rating aku : 2.5 / 5 (lulus, boleh layan tp klise sgt....idea2 basi).


6. Rasukan Ablasa, Selamat Pagi Cinta dan Sayang...You Can Dance. Maaf... ni antara filem2 yg aku rasa buang masa ditonton.
  • Rasukan Ablasa : aku rs macam tgk movie zaman dulu2...even cerita cam seram sikit tp aku kurang gemar ngn cinematographynya...nampak murah :(
  • Selamat Pagi Cinta : macam telemovie je...membazir duit kalau beli tiket wayang. Cerita yg pusing kiri, pusing kanan, go head, go stan...tau2 dah abis. Lakonan Sharifah Amani terasa sama je macam filem2 dia yg lain...watak apa sekali pun mcm tu jugak gayanya, intonasinya, facial expressionnya...aku kurang berkenan, padahal aku suka lakonan2 dia sebelum ni.
  • Sayang...You Can Dance : astaga!! cerita apa ni? but...hey, Dafi bole berlakon rupanya...tak perlu la susah2 ambik Samuel Rizal dari Indon tu yg aku rasa x memberikan value added sgt pd filem ni. Habis tgk cerita ni aku takde perasaan apa2, konflik yg tak menjadi, kesedihan yg tak terasa malah tak terhibur pun....its nothing.
7. Aku tak sempat tengok atau takde keinginan nak tgk pun : Setan Budeg (Indon), Me...myself (Thai), Ek: The Power of One (Hindu) & The Coffin (Thai)

Rasa lmbt sgt nak tunggu September habis n ABO tayang cerita lain pulak. Kesimpulannya aku kali ni mudah je....filem kita masih sgt jauh perjalanannya. Judgement aku just penilaian org awam biasa yg bukannya mengharapkan sesuatu yg superb. Cukuplah filem yg menghiburkan dan berbaloi ditonton. Kadang-kadang aku tertanya bila tgk filem2 hampeh ni, ni ke filem yg tayang kat pawagam n org kena keluar duit nak tonton filem ni...rasanya telemovie2 kat tv lagi bagus dari movie ni....isk isk.

2 comments:

DJ said...

dlm bnyak2 tu aku tgk brainscan & jgn pandang belakang congkak je...ok la gak...bole la nak gelak sket2.

Najed said...

tu mesti2 ada kaitan ngn alia.

ok la...tp macam kita biasa tgk je...ceduk, tambah tolak...then, jual tiket...sobar jela. mujur kita byr rm9.95 utk byk movie :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...