Belacan

Thursday, October 22, 2009


" DUNGUN, 21 Okt (Bernama) -- Mahkamah Majistret Dungun di sini Rabu mengenakan denda RM600 ke atas seorang wanita warga emas yang menjalankan perusahaan membungkus belacan akibat bahan tersebut tidak mengandungi protein mencukupi. Rohani Ali, 56, didapati melanggar Peraturan-peraturan Makanan 1985 yang menyatakan belacan hendaklah mengandungi tidak kurang 25 peratus protein. Menurut fakta kes yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Yusoff Yunus, sampel belacan yang dipaket oleh Rohani dengan harga RM2.50 untuk 400 gram, setelah diuji didapati kekurangan protein iaitu hanya mengandungi sebanyak 23.75 peratus. Sampel belacan itu diuji Pejabat Kesihatan Daerah Dungun pada 7 April lalu. Kesalahan tersebut tertakluk di bawah Seksyen 13B(2)(e) Akta Makanan 1983 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 13B(4) akta yang sama melibatkan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. Rohani mengaku salah terhadap dakwaan berkenaan. Setelah rayuan, Mohd Yusoff mengenakan denda ke atas Rohani sebanyak RM600. Denda dibayar oleh suaminya Dzurudin Abdullah, 62. Jabatan Kesihatan Dungun diwakili Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Mohd Yusoff Othman " - BERNAMA.

Astaga. Kesian mak cik ni. Apalah yg makcik ni tau pasai protein agaknya? Kekurangan hanya 1.25% kandungan protein dlm belacan tu menyebabkan makcik rohani ni rugi RM600.00. Makcik ni kena jual 240 ketul belacan nak dapatkan RM600.00...banyak tu...huhu. Lepas ni penjual belacan semua....jgn lupa ye beli alat mengukur tahap protein, takpun hantar sampel ke makmal...bole?

Bagi aku kes ni klasik. Kenapa la penjual belacan yg beria sgt dorang nak ambil tindakan? padahal belacan tu bukanla hidangan utama pun. Banyak lagi sumber protein utama yg kalau nak ambil perhatian sgt. Aku sendiri pun penggemar belacan, belacan bagi aku pembuka selera esp kalau nak makan ulam-ulaman. Tapi, takde la banyak mana pun tiap kali makan...dh namanya sambal, bukannya boleh hirup pun. Seumur hidup ni pun tak pernah aku harapkan belacan tu sbg sumber protein...banyak benda lain pun.

Kagum sgt aku pd pegawai kesihatan yg komited tu. Tahniah. Menjalankan tugas tu bagus, amanah yg wajib dilaksanakan...tp agak-agakla sikit. Lepas ni jgn lupa check tauke2 besar sykt air berkabonat, biskut, jajan yg 'berkhasiat' tu...jgn aim ikan bilis je...tau la hujung tahun...musim appraisal..hehhe (ops, peringatan utk diri sendiri sekali tuh).

2 comments:

azira said...

tu la kan... mesti pegawai tu, org baru keja... terlebih excited nk menunjukkan yg dia tu "bagus"... he he he..

Najed said...

haha...hujung tahun kan? kpi bab protein tak meet lagi kot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...