TANTRA TOTEM

Friday, August 28, 2009

THE FOLLOWING IS A CHINESE GOOD LUCK TANTRA TOTEM.

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!

PERTAMA.

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.


KEDUA.

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.


KETIGA.

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.


KEEMPAT .

Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.


KELIMA.

Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.


KEENAM.

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.


KETUJUH.

Percayailah cinta pandang pertama.


KELAPAN.

Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.


KESEMBILAN.

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.


KESEPULUH.

Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.


KESEBELAS.

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.


KEDUABELAS.

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.


KETIGABELAS.

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'


KEEMPATBELAS.

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.


KELIMABELAS.

Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.


KEENAMBELAS.

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.


KETUJUHBELAS.

Berpeganglah kepada tiga R:
1.. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda


KELAPANBELAS.

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.


KESEMBILANBELAS.

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.


KEDUAPULUH.

Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.


KEDUAPULUH SATU

Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

3 comments:

DJ said...

that's y aku tak ske bila novel diadaptasi ke filem, mcm kes ayat-ayat cinta dulu...ceritanya jadi kosong & longgar, jadi tak best.

beh baik baca novelnya yg asli, lebih penghayatan...hehe!

fikiranlicin said...

aku rasa nk layan je citer ni, tapi aku akut tertidow aje maklumlah ini bukan genre pilm yang aku layan... anyway nice blog bro.

Najed said...

thanks guys for ur comments...tp slh tmpt ni...maklumla comments link kat atas entry bukan kat bwh cam biasa.

jula : syahadat cinta lg parah dari AAC huhu. aku dah beli dwisiri bila cinta bertasbih...trilogi makrifat cinta ni susah benor nak dpt complete set.

fikiranlicin : cuba dulu, mana tau dpt 'sesuatu'...tp pastikan anda cukup tidor sblm menonton...heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...