IMPIAN RAMADHAN KAREEM

Friday, August 28, 2009

Beberapa hari lepas terima email ni. En Shukry dari Rumah Anak Yatim/ Miskin Taman Baiduri yg hantar. Last year ada pergi rumah ni sampaikan sumbangan yg Biro Endah collect dari staff. Time tu rumah ni baru start beroperasi, sejak tu ada la sekali sekala En Shukry email berita berkaitan rumah. Aku just nak berkongsi info....mana yg ada dlm contact gmail aku, aku dah email dah, ni letak kat sini for sesiapa yg blom dpt tau lg la. For those yg mungkin ada niat nak bersedekah....tambah2 tgh Ramadan ni. Kalau tak dpt nak hantar ke rumah ni, kat bawah post ni ada no akaun, boleh transfer je sumbangan....mudah sgt nak bersedekah skrg ni kan?

Emailnya berbunyi begini :

Rayuan Sumbangan Rumah Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri

Sabda Rasulullah SAW :

"Apabila matinya anak Adam,, maka putuslah segala amalanya.
Kecuali tiga perkara; Sedekah Jariah (sedekah yang bekekalan), ilmu yang dimanfaatkan dana anak soleh yang mendoakan"
RIWAYAT MUSLIM


Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjangkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya kita diberi ruang dan peluang untuk menyambut Ramadhan yang penuh keberkatan. Dengan harapan yang satu, kita berharap Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang lebih baik dari tahun-tahun yang terdahulu.

Ramadhan adalah bulan ibadat, bulan yang dituntut supaya kita semua melipat gandakan amalan ibadat kita kerana ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT amat besar. Bulan Ramadhan juga merupakan bulan pengorbanan yang menuntut kita berkorban bukan sahaja untuk melawan diri daripada lapar dan dahaga tetapi juga berkorban untuk mereka yang kurang bernasib seperti golongan miskin dan anak yatim.

Rumah Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri (RAYM Taman Baiduri) mempunyai 16 orang anak lelaki yang berusia 7-15 tahun. Anak-anak ini datang dari pelbagai latar belakang, pengalaman dan sejarah hidup yang perit. Keperitan hidup yang dilalui oleh sebahagian mereka sebelum berpindah ke RAYM Taman Baiduri terlalu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Seperti kita semua, mereka juga akan menyambut Ramadhan dan Syawal pada tahun ini.

Kami berazam untuk menjadikan Ramadhan dan Syawal pada tahun ini sesuatu yang bermakna dan detik pertama yang boleh menganjak diri mereka daripada keperitan dan kedukaan kepada keceriaan dan kegembiraan. Kami juga berazam untuk mengubah juadah berbuka puasa mereka sebelum ini daripada ’nasi, kicap dan air sejuk’ kepada ’nasi, ikan, sirap dan buah’. Kami juga berazam untuk menjadikan Syawal mereka daripada ”tiada baju raya’ kepada ’sehelai T-shirt dan kain pelikat’. Kami hanya merancang berdasarkan kemampuan yang ada.

Kami menyeru kepada semua muslimim dan muslimat yang dikasihi Allah untuk bersama-sama dengan kami memberi sedikit KASIH SAYANG buat anak-anak di RAYM Taman Baiduri ini dengan menghulurkan sedikit keceriaan, kegembiraan dan keprihatinan dalam apa jua bentuk sedekah dan sumbangan yang termampu untuk mereka menyambut Ramadhan dan Syawal pada tahun ini.

Setelah hampir enam bulan beroperasi, RAYM Taman Baiduri masih mengharapkan bantuan dan sokongan semua pihak untuk terus kukuh berdiri menjaga kebajikan anak-anak yang kurang bernasib baik di sini agar mereka semua menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara dan berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Keperluan asas masih belum mencukupi dan kemudahan rekreasi dan sosialisasi masih belum mampu disediakan. Sehubungan itu, RAYM Taman Baiduri membuka peluang seluas-luasnya kepada seluruh muslimim dan muslimat untuk melakukan amal jariah sepanjang Ramadhan al-Mubarak ini.


”Di Sini Hari Kita Bersatu”


Rumah Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri
No. 11A, Jalan 2
Taman Baiduri
43800 Dengkil, Selangor


Tel: 03-87688507 (pejabat)
019-6539701 (En. Shukry Latar - Pengerusi)
012-5774873 (Ust Helmi Jamaluddin – Timb. Pengerusi)
012-9520396 (Utz Fuad Hilmi – Timb. Pengerusi)
012-2904873 (Dr. Haji Lukman – Pekerja Sosial)
013-9183228 (En. Izaha Ismail - Penyelia)


NOMBOR AKAUN

1. MAYBANK ISLAMIC BERHAD , ATAS NAMA TABUNG KEBAJIKAN RUMAH ANAK-ANAK YATIM / MISKIN TAMAN BAIDURI. (162834034545).

2. CIMB BANK , CAWANGAN DENGKIL. ATAS NAMA TABUNG KEBAJIKAN RUMAH ANAK YATIM / MISKIN TAMAN BAIDURI. ( 1267-0005898-52-4 )

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...